March 29, 2024

Hujung minggu di Bandaraya Melaka Bersejarah.

Biasanya kalau ke Melaka mesti bersama ‘teammate’ untuk ‘site visit’ atau ‘site work’ di plant penapisan minyak&gas di Sungai Udang.

Hujung minggu lepas lain sikit, ke bandar Melaka atas urusan kerja sampingan dan berpeluang bawa famili. Alang-alang ke sana pada hujung minggu kan…

Keputusan di saat-saat akhir, subuh di pagi Sabtu baru nak mencari bilik hotel sebab plan asal nak ke sana balik hari je. Mujur ada AGODA. Boleh check hotel mana yang terbaik untuk penginapan aku dan famili.

Bertolak lebih kurang jam 12 tengah hari dan sampai di Klebang lebih kurang jam 2.30 petang. Pekena Coconut Shake Klebang yang popular tu. Sanggup beratur panjang sebab itu permintaan isteri mengandung kan. Nasib baik sedap.

Since masih belum makan tengah hari, singgah makan di Restoran Asam Pedas Selera Kampung, Bandar Hilir sebelum check-in hotel. Ini pun permintaan isteri mengandung. Kita layankan ajer. Nasib baik sedap juga. Next story ye pasal bab makan-makan ni ye.

 

Lebih kurang jam 3.30 petang, check-in di Hotel Holiday Inn Melaka. Terletak di Bandar Hilir, Tak jauh dari Mahkota Parade. Sesudah check-in, rilex jap sebelum bekerja. Bilik best dan besar. Memang saja amik sebab Dayyan Harith akan banyak habiskan masa di bilik..haha..walapun dah sembuh, risau gak bawa dia ke tempat terbuka terutamanya bila hujan.

 

Next entri ye cerita pasal Hotel Holiday Inn ni ye. Yang penting, bilik mengadap ke Laut Selat Melaka, dan jelas kelihatan amoi berenang-renang ke tepian. Patutla si dak kecik tu asyik pandang ke pool je ek..

Malamnya, disebabkan review yang menyatakan Ikan Bakar di Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung tu sedap dan best gileerrrrr, aku ke sana untuk makan malam bersama famili. Isteri hanya request nak makan sotong celup tepung. Ok. Tapi bila kat sana, hampehhh, lain plak yang jadi. Kecewa dan frust dengan servis di Medan Ikan Bakar berkerusi kuning tu.

Esoknya, berbuffet breakfast di Es.Sence Kitchen Holiday Inn Melaka dahulu sebelum teruskan program ‘ziarah’ bandaraya Melaka Bersejarah bersama anak lelaki tersayang aku. Pertama kali dia menjejak kaki ke Melaka.

Pertama kali gak dia pekena Chicken Rice Ball yang sedap dan unik di Restoran Ee Ji Ban, Melaka Raya.

Ini juga sebagai pendedahan awal sebelum mengikuti silibus berteorikan imaginasi semasa di alam persekolahan nanti.

 

Lain-lain entri susulan terutamanya bab makan selepas ini.

Dari raut muka melalui pengalaman pertama Dayyan Harith ni, aku tahu dia masih konpius lagi antara zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dan zaman Ketuanan Najib Tun Razak sekarang ni.

Jangan konpius nak!

Jumpa lagi di next entri!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

13 thoughts on “Hujung minggu di Bandaraya Melaka Bersejarah.

    1. yeke..aku pun ke jonker street gk jap..tapi tak larat nak lama2 sebab kena mendukung anak lak..malas lak dia nak berjalan kt tmpt sesak..

  1. Sebagai orang Selangor, saya suka jika ke Melaka. Negeri yang banyak sejarah, bersih dan cantik. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *