December 6, 2020

Hikmah & nikmat bateri kereta kong di pagi hari.

Semalam Hari Ulangtahun Keputeraan Sultan Selangor. Daulat Tuanku! Selangor memang diistiharkan cuti, walaupun dalam sesetengah kalendar tak tercatat cuti ni. Tu pasal ramai yang tahu, 11/12/2014 setiap tahun adalah hari cuti untuk Selangor.

Hari cuti ke, hari kerja, memang aku bangun awal. Ada je benda nak dibuat, rasa rugi masa lak tidur lama-lama/bangun lambat. So pagi semalam, ingat nak gi jogging kat Tasik Bandar Botanik.

Lepas Subuh, terus siap-siap nak keluar. Dah elok nak gi jogging, start kete tak idop lak. Bunyi ‘stert’ ‘stret’ je tapi enjin tak nak hidup. ON radio, ON lampu, semua OK.  Aiehh..baru last weekend gi servis kereta ni kot. Rasanya bateri dah kong, dah sampai ajalnya..

 

BILA PERLU TUKAR BATERI KERETA?

1. TACHOMETER tak menunjukkan bacaan normal iaitu ’0′rmp sebelum engine di hidupkan. Selalu terjadi sama ada wayar sambungan bateri longgar atau bateri telah kehabisan kuasa.

Ini di sebabkan kuasa untuk menghidupkan setiap komponen kereta sepenuhnya menggunakan kuasa bateri dan bukannya dari caj alternator. Untuk makluman alternator hanya beroperasi dan di cas selepas engine kereta di hidupkan. Selepas engine dapat start, alternator akan mengambil alih tugas bateri untuk terus menghasilkan caj elektrik.

2. SPEEDOMETER turut jadi ‘gila’ seperti Tachnometer. Berkemungkinan ini berlaku di sebabkan masalah wiring atau kapasitor bermasalah. Caj elektrik terlebih atau kurang di hasilkan. Kesannya, kapasitor yang berfungsi sebagai penyimpan kuasa telah mengalami gangguan.

3. TOLOK MINYAK (Fuel Gauge), ODOMETER, TRIP METER/COMPUTER atau Butang INFO tidak menyala dan menunjukkan sebarang bacaan.

4. Penunjuk status Bateri, Airbags, Engine dan sebagainya tidak berfungsi. Korang boleh juga cuba pasang radio. Kalau ada gangguan atau tak berfungsi langsung bermakna bateri kereta ada masalah.

CREDIT TO GilerKentang.com.

..ha satu point pun takde dalam situasi aku. Aku malas nak fikir panjang. Tunggu kedai buka je la untuk beli bateri baru kan. 90% aku konfem tu sebab bateri, dah 2 tahun lebih kot. Walaupun ada pendapat mengatakan bateri sel basah boleh tahan sampai 4 tahun. Tapi bergantung pada cara penggunaan dan keadaan kereta. Pendapat aku, kalau kereta tu pompuan/wife aku yang guna, memang sekejap je la jangka hayat bateri tu..hahaha..

Betul rasa aku. Bila check bateri lama dengan tester, memang dah kong. Ajal maut siapa tahu bila kan walaupun semalam tu elok je lagi. Risau gak kot-kot alternator yang problem. Nak tahu alternator problem ke tak, senang je. Lepas hidupkan kereta tu, ko cabut point -ve kat bateri kereta, kalau kereta tu still hidup, maknanya alternator kereta masih OK. Nak konfemkan lagi, ON radio+aircond, kalau masih hidup, konfem OK. hehe..kalau tak, bawa la pergi memana servis workshop kereta.

Oh ye..aku memang tak jadi jogging. Alasan dia, bateri kereta kong. Walaupun ada pengangkutan lain. Terus masuk bilik, kejut wife, ” Bateri kereta awak kong…”, then terus ke dapur, pekena nasi lemak sambal sotong+telur goyang 2 pinggan + neskepi..inilah hikmah & nikmat yang sebenar!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “Hikmah & nikmat bateri kereta kong di pagi hari.

  1. masalah bateri better check betul2 sbb kkdg bateri bole je pakai lagi..mcm kt area kl n s.alam ada je servis percuma mcm bateriku sdn bhd..check n pemasangan percuma jer..servis pon pcma..no dorg 0122458027..skdr bkongsi ..TQ

  2. Lama juga tahan banteri kereta tu, sampai 2 tahun… bateri kereta saya sebelum ni tahan setahun jer… Dah 2 kali tukar bateri.. Kedua-duanya cuma tahan setahun jer..,. Itu memberikan isyarat Alternator nak minta ditukar… Tak lama lepas tu alternator rosak diwaktu usia kereta menjangkau 8 tahun…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *