Ye, betul la tajuk tu.
Jamuan akhir tahun 2015, dah 20 hari masuk tahun baru 2016, baru aku nak update blog ni..hehe..
Kalau yang mengetahui working style tempat aku bekerja, lagi banyak kerja, lagi banyak makan..haha..selain makan-makan sempena sambutan hari lahir staff, which is setiap bulan dalam setahun, ada je yang menyambut hari jadi. Rezeki, makan free kan. Kali ni, sempena last day di hari terakhir di tahun 2015, akak-akak ofis organizekan sesi makan tengah hari. Wajib hadir. Jadinya, takde yang boleh ambil cuti di hari terkahir sebelum cuti panjang sempena tahun baru.
Homemade chicken pie yang sentiasa dinanti-nanti. Air tangan CEO kompeni ok. Series, sedap. Rasanya, kalau beli di DOME, konfem RM25 sebijik. Jadi aku bantai 2 biji, satu saiz besar, satu saiz kecil..hehe
Selain chicken pie, ada gak sushi, mihun goreng, ayam goreng, garlcie bread, muffin etc. Nampak macam ringan-ringan je kan, tapi sikit-sikit telan, boleh tahan kenyang gak. Natijahnya, petang sebelum balik, dok layan berborak. Last day kan, kiranya masa untuk cuci spam di Microsoft Outlook, arrange balik folder dokumen untuk setahun ni, dah plan arrangement baru untuk tahun baru.
Sesi Lucky draw. Yang ni sesi yang ditunggu dan harap. Tapi masih, tahun ni aku tak dapat hadiah yang no.1..tiap-tiap tahun dapat saguhati je..haha..memang nasib aku, asal je ada lucky draw, tak pernah nak lucky..haha..
Otsukare…tahun 2015 penuh dengan kenangan pahit dan manis dalam karier aku. Ada pencapaian yang memuaskan hati dan ada perancangan/impian yang masih belum tercapai dalam karier aku sebagai seorang jurutera projek.
Yang pasti, tahun 2016 merupakan tahun yag lebih mencabar kepada organisasi kami, terutama dengan keadaan industri minyak&gas yang terkesan akibat kejatuhan harga minyak dunia. Semoga perancangan dan hala tuju organisasi aku ini menjadi dan mampu bertahan sehingga selesai kemelut ekonomi dunia..insyaAllah.
Good luck!
Bestnya jamuan makan akhir tahubn di buat awal tahun, mesti semangat nak kerja kan walaupun ekonomi negara kita agak mencabar sekarang ni