Dah lama tak keluar ‘date’ berdua..
Peluang datang semasa Birthday Dinner untuk isteri minggu lepas. Seperti Birthday Lunch pada awalnya, aku tak plan mahupun reserve kat mana-mana tempat makan. Just amik dia lepas office hour dan tanya dia nak dinner ‘special’ kat mana. Dia jawab, ” alaa..ingat ada surprise/dah reserve tempat” ..haha..
Dipendekkan cerita, ke Restoran Absolute Thai di One Utama, sebab aku teringat dia suka makan masakan pedas semasa pregnen kali ni..
Restoran Absolute Thai ada beberapa cawangan selain daripada di One Utama, ie: IKANO, The Garden, Sunway Giza etc. Ni first time aku ke cawangan One Utama, terletak di Lower Ground Floor. Aku tak reserve pun since malam masih muda kan. Tapi kalau korang nak gi masa ‘peak hour’, better call for reserve sebab tempat ni memang selalu ‘full house’
Aku suka interior design di Absolute Thai kat One Utama. Tampak lebih elegan berdindingkan batu-bata gini. Aku pilih seat ke dalam, betul-betul mengadap ‘Giant Aquarium’ di One Utama’s LG Forest. Barulah feel makan berdua dalam hutan.
Menu sedap di Absolute Thai. Kepada penggemar masakan Thai, aku rekemen datang sini. Aku dok mencari menu sotong masak pedas cam aku makan last day, tapi takde plak. Grr..Jadi, aku serah bulat-bulat pada birthday girl aku untuk buat pesanan..Apa yang dia order?
Bila ke restoran masakan Thai, tak sah kalau tak de tomyam kan. Kali ni, kami try Tomyam Seafood (red) berharga RM29.5 untuk dua orang makan Dihidang panas-panas dalam firepot. Rasa tomyam memang kena dengan selera aku. Ada masam masam manis. Manisnya mungkin sebab ada udang & sotong. Pedas memang buat aku berpeluh walaupun restoran ni berhawa dingin.
Yang ni memang dah lama aku nak try. Apa yang istimewa sangat kari hijau ni. Nama menu, Green Curry Chicken berharga RM18.00, sesuai untuk dua atau tiga orang makan. Ni ala-ala kari yang biasa kita makan, tapi rasa rempah ratus dia lain sikit. Pedas ni memang lagi pedas dari tomyam tadi. Dalam kari hijau ni ada gak potongan terung.
Stir Fried Baby Kailan with Salted Fish – RM15.90. Nak kata masin sangat tak gak walaupun ada ketulan ikan masin..hehe..tapi yang peliknya, diorang potong baby kailan ni besar-besar. Mungkin baby kailan ni dah tak baby sangat kot.
Semua lauk ni dimakan bersama nasi putih panas-panas. 3 jenis tu pun dah mengah nak habiskan Lauk tu memang dah konfem panas dan pedas, tambah lak makan ngan nasi panas..memang berpeluh la jap kan. Makan pedas, aku lebih suka minum air panas. Nak nak dapat pekena teh jasmin wangi gilerr panas-panas dalam pot.
Jasmine Green Tea – RM7.50.
Ice Blended Mango – RM12.90.
Birthday Card to You – Priceless..
Burp alhamdulillah…
macam menarik je tempat nii.. boleh lah cuba singgah lpas ni hehe
Seksinya Ice blended mango tu…
hahah seksinya camano tu?
Dengan gelasnya macam tu..ditambah dengan kepekatan air tu..wallah sedapnya
Hari tu makan dekat sini makanan dia semua pedas nak terbakar mulut. Tak sempat balik rumah semua sakit perut. hahaha
hahaha tak tahan pedas sangat tu..kt sini mmg pedas giler kan hehe
Bagi aku pulak…. if masakan tomyam nie lebih kedai biasa jee… tapi boleh la cuba kan untuk next time…. Takpe bro… akan datang cuba makan kat Menate Steak House pulak yea….
kat sini feel dia lain sket bro hahah
Aku tak berapa suka nak makan makanan pedas. berpeluh and tak tahan. haha. Cantik kad birthday. 😀
hehe..cepat berpeluh ye bro..tapi kat sini ada ekon..hehee..
Absolute Thai ni julia selalu tgk tapi tak pernah masuk, menyelerakan juga menunya ye, sambutan yang menyeronokkan anda berdua, tahniah ye.
terima kasih Julia..boleh la try masuk skali kan
oi takyah nak babi kailan sgt la..hahahaa…
btw..thanks sb share lokasi kejadian ni sebab bukan senang nak cari tomyam sedap pedas menepati tekak ni tau..kebanyakkan kat luar kalau tak cair mesti manis….
hahahahahaha tak perasan lak ada typo di situ..power la mata kak izwa ni
sedapnye tgk smua menu…lprrr…suka pulut mangga sini..yg lauk2 camni tk pernah mkn..slalunye mkn pine apple fried rice
pulut mangga sedap ye..tapi masa ni my wife tak rasa nak makan tu lak..maybe sebab dh kekenyangan kot
okey.. lps ni kite try pulut mangga eh ddy.. 🙂