March 29, 2024

Ketam masak pedas sedap di Muara Ikan Bakar, Port Klang.

#throwback cerita makan-makan bulan lepas, family dinner di Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan, Port Klang. Rasanya kali terakhir datang sini, sebelum kahwin dulu, masa tu makan depan bakal MIL&FIL pun still sopan-santun lagi. Kali ni, memang ‘melantak’ style la kan…hahaha.

Kami sampai lebih kurang jam 8.30 malam, hampir penuh seat di Muara Ikan Bakar. Mungkin hari tu hari minggu dan minggu gaji, tu pasal meriah je kedai.

Dah dapat ‘table’, terus pilih ikan. Mujur masa ni tak panjang lagi ‘q’ untuk memilih. Ada pelbagai jenis ikan ie: siakap, kerapu, jenahak, kembung. Memang segar-segar ikan di sini.

Muara Ikan Bakar, Port Klang

Ada juga sotong, ketam, udang untuk lebih pilihan. Cara masak boleh pilih sama ada nak dibakar, stim, tiga rasa, masak pedas etc. Tepuk dada, tanya selera.

Dah pilih, timbang dan inform ‘crew’ pilihan cara masak. Then, ‘crew’ akan bagi resit jumlah berat ikan/ketam/sotong etc yang dipilih.

Sambil tunggu order siap dimasak, bolehlah order air atau menu lain. Bukan sahaja ‘seafood; ada di sini, boleh gak order menu lain seperti sayur-sayuran, nasi lemak etc. Masa menunggu bergantung kepada jumlah pelanggan. Makin ramai pelanggan, kenalah tunggu lama sikit. Tapi aku rasa tak terlalu lama. Kurang setengah jam, dan sampai semua pesanan kami.

Restoran Muara Ikan Bakar ni terletak di tepi pantai. Sambil menunggu, boleh menikmati bayu malam. Nyaman je. Dan sepanjang tepi pantai tu, ada pelbagai gerai yang menjual bermacam jenis toys. Contohnya macam Ultraman ni, dari jauh si Dayyan dah ‘aim’ masa nak paw daddy dia. Memang takleh elak, RM15 untuk seorang Ultraman. Takpelah, rezeki abang gerai dan juga Dayyan, at least dok gak diam budak tu..huhu..

Tak sampai setengah jam, kitorang dah ready untuk aktiviti seterusnya.! Santap…

Sotong goreng celup tepung. RM26 untuk 600gram ni. Agak kurang cara masak celup tepungnya. Mungkin aku dah ‘selesa’ dengan cara masakan di restoran ikan bakar feveret aku di Besut.

Udang masam manis. RM27 untuk 300 gram. Menu ni boleh dipuji. Tak terlalu manis, tak terlalu masam. Sedap-sedap je. Dayyan pun boleh makan dengan penuh selera.

Menu utama, Siakap Masak Kukus/Stim. RM41.25 untuk 750 gram ni. Ni aku rekemen kalau datang Muara Ikan Bakar ni. Cukup rasa, cukup sedap. Seekor ikan siakap saiz ni cukup untuk 3/4 orang makan.

Ni menu feveret aku kat sini. Ketam masak pedas. RM36 untuk 600gram (3 ekor). Saiz tak besar sangat, tak kecil sangat. Isi pun agak banyak mungkin kali ni masa yang baik untuk makan ketam. Kalau salah ‘timing’, jawabnya dalam sepit ketam ada angin je. Menu masak pedas kat sini, tak terlalu pedas dan ada manis sikit-sikit. Dua ekor ketam untuk aku pun dah cukup memenuhi nafsu makan aku pada malam tu..hehehe..

Untuk air, aku order sejug jus watermelon, RM13/jug. Cukup untuk satu famili 4 orang. Lagi besar ahli famili, mungkin kena tambah lagi jug untuk jus la kan. So far, di Klang Valley ni, kat Restoran Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan ni antara port best utuk menjamu selera bersama keluarga.

Total keseluruhan RM168.71 untuk semua menu di atas tu termasuk 6% Gov Tax. Rasanya still ‘affordable’ untuk harga dan kualiti yang disediakan. Burpp..alhamdulillah..

Alamat Medan Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan, Port Klang.

Jalan Sultan Hishamuddin Kaw 20, Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang Utara, 42000 Port Klang, Selangor.

Tel: 603-31766929

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “Ketam masak pedas sedap di Muara Ikan Bakar, Port Klang.

  1. Adui.. lapar pulak tengok gambar Seafood ni. Sini pun jadi port aku makan seafod kalau ada kelapangan. Memang puas hati..

Leave a Reply to hazman aka species1980 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *