December 3, 2020

Hai Peng Kopitiam, Kemaman

Hai Peng Kopitiam dan kopi sedap kaw-kaw dah memang sinonim bila ke Bandar Chukai di Kemaman. Since zaman aku tak lahir dah ada kopitiam ni kot. Aku kenal kenal je Hai Peng Kopitiam ni, memang dah beroperasi di bangunan yang terletak di persimpangan jalan nak ke Bandar Chukai. Dari jalan besar, memang dah boleh perasan kedai kopi sedap ni. Tapi sekarang, Hai Peng dah dikenali dengan Sukiyang Coffee dan beroperasi di premis baru. Itu aku tak pernah pergi lagi.

Masa perjalanan balik kampung Raya Haji tempoh hari, since Puan Nunu berhajat dan suka dengan nasi dagang di Hai Peng Kopitiam + trafik jam yang teruk, kami berkesempatan singgap di sini untuk sarapan pagi. Ingatkan premis lama dah tutup, tapi masih meriah beroperasi.

 

Pagi mesti full house. Nasib baik, masa kami datang, ada tempat kosong, tak perlu tunggu lama. 

 

Nasi dagang sedap feveret mummy Dayyan. Since kami datang agak lewat, memang rezeki dia. Ni yang last two, kalau lambat sikit, memang kempunan la kan. Rasa tetap sama, tetap sedap katanya.

 

Datang sini, memang aku akan order telur masak separuh dua biji. Waiter akan hantar dalam bekas besi macam tu. Then tunggu 5minit sebelum masak separuh. Kalau awal angkat, cair, kalau angkat lama, masak penuh..hehe..untuk info, telur separuh masak ni bagus untuk kesihatan lelaki. Tang mana tu, tak pasti..

 

Selain kopi kaw kat Hai Peng Kopitiam ni, roti bakar gak antara menu sedap yang menjadi tarikan ramai, termasuk Dayyan Harith. 1 set Roti bakar + kaya/butter untuk Dayyan dah mencukupi sebagai sarapan dia. Kenyang sampai ke tengah hari tu.

Memandangkan fasa terakhit Lebuhraya Pantai Timur dah hampir siap, tak tahu bila lagi boleh singgah di Hai Peng Kopitiam ni. Sebabnya, kami takkan melalui bandar Chukai ni lagi dalam perjalanan pulang ke Besut, Terengganu, dari Bentong, dan boleh terus pecut hingga ke exit Kuala Terengganu. Makin cepat perjalanan balik kampung kami.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

16 thoughts on “Hai Peng Kopitiam, Kemaman

  1. kopi. feveret DT. sejak sejak ni baru suka kopi. dulu tak pandang pon kopi.. heeee.
    kena cuba ni. nasi dagang tu sedap nya… #ohdiet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *