November 27, 2020

IFTAR @ Vicchuda KD

Selasa lepas, aku teringin nak berbuka di La Gomera Restaurant dengan sajian buffet ala-ala Spanish. Berbuka puasa secara buffet di malam hari cuti adalah satu taktik yang bijak. Melantak kaw-kaw sampai penat, tak perlu risau tak terbangun pagi esok sebab kekenyangan yang melampau. Kalau sakit perut pon, takde la kelam kabut sangat nak ke toilet. Tapi malangnya, bila aku suh cik Nunu call untuk reserve seat, hampeh, sumer seat penuh, kecuali kat area luar. Aku tak minat sangat kalau melantak kat luar, sebab pertama, takut awek lalu tepi jalan nampak aku ngah melantak comot, dan sebab yang kedua, panas woo tempat tu,takde ekon..

Since dah plan nak berbuka kat luar, call la gak memana kedai yang masih leh reserve seat. hikhik..last-last ke feveret kedai makan aku gak, Vicchuda Tom Yam, Kota Damansara! ala, kedai sebelah kedai nasi arab, area depan Giant Kota Damansara tu ler.. Call untuk reserve seat dan order makan skali, setel..takyah nak berebut-rebut lagi time-time nak berbuka..

Ko tengok siakap tiga rasa tu, aku call order untuk saiz makan dua orang, tapi yang ni 5 orang pon lepas nih. Harga lak leh tahan. RM40 sekor ni, mampu untuk santapan 5orang kan. Ok la kan..hukhuk..Kalau awal-awal aku tahu saiz bapak ikan gini, aku tak order side dish lain-lain dah. Takpon aku ajak jiran-jiran aku berbuka sama-sama kat sini..hahaha… Niat awal, nak makan sebelah je untuk berbuka, sebelah lagi nak tapow untuk bersahur. Tapi takde maknanya, sekor licin habes okkey. Lahap tol orang depan aku berbuka.Mungkin sebab ikan dia fresh dan tiga rasanya sangat terasa kan katanya..hahahah…

 

Menu sampingan lain yang tak sepatutnya diorder aku rasa. Tapi takpe, seb baik telur bungkus ni sedap. Cukup sifat dan cukup rasa. Eh, rasanya telur bungkus ni feveret salah sorang Food Blogger abad nih. Try kat sini lak bro, sumpah menjilat kaki wooo..

Menu wajib bila aku datang makan di Vicchuda Tom Yam nih. Aku rasa yang ni pure siamese nyer masakan. Tak sama cam tomyam kat kedai melayu. Aku order tomyam ayam. Isi ayamnya lembut, dan kuah tomyamnya pedas-pedas manis okkey. Tapi kalau tergigit cili hijau, alamaknya menjawap le ko..

Eh-eh apa nih? Giler..ada orang cakap, ni hamster celup tepung..dua tiga kali tengok, haah, btol la, udang celup tepung dah macam hamster celup tepung la plak kan..kahkahkah…nasib baik aku dah setel makan…

Alhamdulillah, rezeki untuk malam itu…harapnya korang pon dimurahkan rezeki di bulan Ramadan nih..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “IFTAR @ Vicchuda KD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *