December 9, 2024

Jemputan Makan Malam Istimewa Deqnoor.com di Next Station @ Pecal Lele Lela Restaurant

Rezeki bukan hanya datang dalam bentuk wang ringgit. Boleh datang dalam pelbagai rupa dan bentuk. Tak kiralah datang kot jalan mana, dalam rupa bagaiaman, yang paling penting, macam mana kita hargai dan syukuri, betul tak?

Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!

 

Kalau rajin dan minat dalam berblog, insyaAllah blogger boleh jana pelbagai rezeki. Wang ringgit, produk percuma etc, boleh dapat. Alhamdulillah, minggu lepas, berpeluang menghadiri jemputan makan malam bagi pengomen tegar blog Deqnoor.com, bertempat di Next Station, Pecel Lele Lela Restaurant, Seksyen 13, Shah Alam. Tak silap, restoran ni baru sahaja dibuka sebulan lebih yang lepas.

Bagi aku, inilah peluang untuk beramah-mesra dengan blogger-blogger lain. Yela kan, biasa hanya berkomunikasi melalui media sosial, jadi kali ini, boleh ‘bercomolot’ di alam nyata. Sekali-sekala berkumpul begini, syok gak. Sambil borak-borak, bertanya khabar dan bergurau-senda, dapat gak menjamu selera yang dihidang istimewa oleh chef Next Station, Chef Adha.

Apa menu istimewa yang menjadi hidangan kami pada malam tu ye?

 

Mix Salad. Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet. RM7.50 untuk satu pinggan ni.

 

Sambil tunggu main course sampai, bolehlah menguyah Mushroom Bruschetta sambil update cerita terkini daripada blogger lain yang datang pada malam tu. RM6 untuk satu set ni.

 

Servis boleh tahan pantas. Elok je setel appetizer, main course dah sampai. Untuk kali ni, aku pilih Mix Grill berharga RM20 untuk satu set ni. Ada chicken breast, lamb dan beef. Dihidang bersama jumbo sosej, fries dengan sos blackpepper yang sedap. Katanya resepi rahsia, campuran halal yang memberi hasil sos blackpepper yang setanding dengan restoran terkenal lain.

 

Dessert yang paling gempak untuk malam tu. Tak sangka pulak sorang satu set. Alang-alang dah kena paksa makan dengan Deqnoor, terpaksa la aku habiskan. Ko ingat, si Nunu tu boleh habiskan ke?..takde makna, aku gak yang kena habiskan..haha..nasib baik sedap Caramelized Banana ala Mode ni. RM7 satu set. Memang berbaloi la kan. Ni kalau check blood sugar, konfem tinggi.

Amacam bila tengok hidangan kitorang malam tu ni? Yes, sangat kenyang…

 

 Dari lubuk hati kami, terima kasih tak terhingga kepada Deqnoor yang menganjurkan makan malam ni. Besar ganjaran menjamu selera kawan-kawan pada hari Jumaat kan, dalam masa yang sama mengeratkan silaturrahim sesama Islam ni. Good job DN. Aku doakan rezeki Deqnoor makin bertambah hendaknya. Amin..burppppp…

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “Jemputan Makan Malam Istimewa Deqnoor.com di Next Station @ Pecal Lele Lela Restaurant

  1. Kali ni sesi makan-makan dengan Deqnoor ada partner untuk layan borak dan gosip terbaru kan…. kalau semua laki semestinya makan dan borak simple jer…. Anyway Deqnoor ni memang pemurah dan baik hati orangnya….

  2. Wahhh suka tgk mix salad tu…kagum tgk sayur banyak…dap yerrrrrrrr….betul rezeki datang dalam macam2 bentuk, syukur alhamdulilah dapat kenal u olls wpun sembang tak lama hehehhe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *