October 22, 2020

Jake’s Charbroil Steak

Ada sesapa pelahap tegar steak? Steak yang betul betul steak la. Bukan sekadar daging bakar. Eh, ada steak yang goreng ke??kahkahkah. Aku bukanlah pencinta sejati steak segala bagai western ni, tapi sesekali pekena, ok gak kan. Terasa sodapnya sampai ke kaki.

Alang-alang big bos dah ajak untuk lunch di Jake’s Charbroiled Steak Medan Damansarsa semalam, memang takde maknanya akunak tolak. Aku ON kan ajer..

taraa…memperkenalkan..T-bone Steaks. jangan riso, bukan tulang kesemuanya, sikit tu je..tulang apa agak-agaknya tu ek..hahaha.. Fuuhh..series sodap weih. Cukup juicy, cukup rasa dan cukup sifatnya. Ada lak kentang bakar ngan jagung rebus, brocolli dan lobak merah, ni kalau cicah ngan budu pon, layan gak kan. kahkahkah..

Since aku berdua je, so memang kitorang layan makan, sapa berjaya habeskan dulu. Daging dia bapak besor, lembut lak tu, berair-air lencun gitu(juicy daa..hahaha). Eh, jangan risau, kat Jack’s Charbroiled Steak, memang ada sijil pengiktirafan HALAL FOOD oleh Jakim. Selain daripada steak ni, macam-macam menu lagi ada kat sini. Korang leh pilih ikot citarasa anak tekak memasing.

So far, rasanya hanya ada 2branches kt Malaysia ni. Satu kat Medan Damansara ni, satu lagi kat Starhill Shopping Centre. Kalau ikut citarasa anak tekak aku, steak kat sini rasa lagi better daripada kat kedai sebelah punya sebelah tu, V steak house….Sesiapa yang penggemar tegar steak tu, leh la try yang kat sini lak. Aku dah try, anda bila lagi?……………………………….burppppp…

JAKE’S CHARBROIL STEAKS
21, JALAN SETIAPUSPA,
MEDAN DAMANSARA, 50490 KL
TEL: 0320945677, FAX: 0320922894
WEBSITE: HTTP:// WWW.JAKES.COM.MY
 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Jake’s Charbroil Steak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *