Nasi dagang Terengganu..antara menu wajib bila ‘balik kampung’.
Setiap kali ‘balik kampung’, isteri aku konfem akan request nasi dagang instead of menu lain. Kalau masa raya, ok la, senang nak dapat. Bila waktu biasa, memang Jalan-jalan Cari Makan la mana tempat yang sedap kan. Biasanya, kalau ‘balik kampung’ kot Kemaman, nasi dagang di Hai Peng Kopitiam menjadi pilihan di waktu pagi.
Hujung minggu lepas, berkesempatan ‘balik kampung’ lagi, rutin bulanan kami. Kali ni umi ada bersama selepas hampir 2 minggu tinggal dengan kami. Perjalanan dari KL jam 11.00 malam. Stop kejap di Masjid Terapung Kuala Ibai untuk solat Subuh. Alang-alang sampai di K.Terengganu, singgah sebentar di satu kedai makan area Batu Rakit, tak jauh dari airport Kuala Terengganu. Lupa plak nama kedai tu..ni pun, adik aku yang pernah belajar di Maktab Perguruan Dato’ Ahmad Razali yang rekemen kedai ni..
Semestinya, kami order Nasi Dagang ni. Cukup santan, cukup rasa kuah ikan tongkol tu. Tambah lak dengan rasa masam manis belimbing buluh tu. Jarang jumpa nasi dagang yang ada side acar belimbing buluh ni. Biasanya acar timun+bawang+carrot je. Puas hati dapat sepinggan ni. Ingat nak tambah sepinggan lagi, tapi memikirkan aku tak tidur since 24 hours yang lepas, dan perjalanan ada lagi lebih kurang sejam setengah, lain kali je la..kan tertidur kekenyangan masa drive susah lak kan.
Kat sini, selain nasi dagang Terengganu ni, ada gak nasi kerabu, laksam, nasi kunyit, kuih-muih tradisioanl etc. Pendek kata, kalau teringin nak makan masakan Terengganu, bolehlah singgah kat kedai ni. Nanti dah ingat nama kedai, aku update balik ye..hehehe..burppp…
P/S: Sampai bila nak hidup macam ni??
Saya punya all time favorite kalu turun tganu selain dari laksam…
Meamang best makan nasi kerabu ni. Aku akan beli dari kedai yang sedap aje.. 🙂
nasi kunyit macam mna tu
Sesungguhnya….. nasi dagang cenggini memang tak cukup aku sepinggan confirm kena bertambah ni… hehehehe
laksam! sedap tu… lama xmakan nasi dagang…. tetiba teringin nak makan. mana nak cari kt shah alam ni ye. hmmm….
nnti boleh siggah warung aina ni lgi.. ske3..
Sedap pulak tengok acar belimbing buluh tu. Tak pernah jumpa lagi makan nasi dagang dengan acar belimbing buluh tu..
dah lama gak tak makang nasi dagang nih..
tapi aku lebih suka nasi kerabu. hehe
Laaa… dah sedap tu apa lagi… tapau lah… makan bila sampai kat rumah… takut basi tapau asing asing… kat rumah baru campur… kalau saya lah… mesti dah tapu banyak dah nih… bulan 3 ni gi Marang… nak carik
Pergghhh.. Sedapnya makan nasi Dagang.. Nak oder sepinggan boleh tak? hehehe