Masuk minggu ni, dah 3 minggu aku merantau mencari sesuap nasi di negeri sendiri. Yela, Kertih kan di Terengganu dan Terengganu kan negeri asal aku..hehehe..selain aktiviti projek yang perlu disetelkan mengikut jadual, aktiviti wajib lain adalah MAKAN. Hari hari makan kedai sama pun bosan gak kan, so memang seboleh mungkin hari hari akan cuba kedai berlainan. paling idak pun, kalau kedai sama, akan cuba menu yang lain-lain..
Ok, foodhunting kali ni, aku dan partner lain mencari kelainan dengan Nasi Briyani Ayam Goreng di Restoran Asfar Briyani, Bandar Baru Kertih (opposite road dengan McDonald Kertih/ sebelah masjid bandar baru Kertih)
Dah namanya Restoran nasi briyani kan, memang nasi briyani je yang ada kat sini. Nak nasi ayam, sila ke kedai sebelah. Antara lauk sedap yang disediakan, ayam goreng, ayam masak merah, kari daging dan kambing, dalca dan papadom.
Untuk kali ni, aku cuba nasi briyani ayam goreng. Lagipun aku tengok, boleh tahan besar gak isi ayam goreng tu. Siap boleh amik lagi sisa tepung ayam goreng tu, rangup hoi..harga sepinggan RM9 memang berbaloi dengan rasa rempah briyani yang sedap, ayam goreng yang sedap dan kuantiti papadom yang boleh diambil sesuka hati..hahah
Papadom-side dish yang wajib bila makan Nasi briyani kan? Rangup wo..makan saja pun boleh nih..
Memang aku rekemen restoran untuk korang yang teringinkan nasi briyani di area Kertih ni. Lagi pun tak banyak kedai yang serve nasi briyani ni..
Burppp..alhamdulillah..
menyelerakanlah, mesti puas hati, banyak pulak tu.
nasi briani ni, nasi dia saja pon dah sedap
nasi tu nampak mengancam nafsu makan saya nih..
waahh.. nmpk mcm sesedap nsi ganja la..
Tengok gaya memang kenyang sungguh la kalau makan nasik camtu…. actually aku suka papadom camni dari yang jenis bulat besar tu
Ya allah..lama dah x pekena nasi beriyani…SA suka lauk kambing…yummy
Papadom yang macam ni memang sedap. Aku tak berapa suka yang bulat2 tu.