March 29, 2024

Food Blogger Malaysia yang patut blogger kenal dan contohi.

Food Blogger dalam industri blog Malaysia tumbuh bak cendawan deep fried, baru angkat panas-panas dari kuali. Sedap dimakan masa panas-panas, tapi agak tak sihat kalau ko makan banyak sangat. Eh aku konpius dengan ayat sendiri. Tak bermaksud, skang ni makin melimpah Food Blogger dalam industri blog di Malaysia adalah satu perkara tak elok. Bukan itu yang aku cuba nak sampaikan.

Aku suka baca blog berkaitan dengan foodie ni. Tengok gambar pon dah boleh kenyang ko. Terutama Food Blogger Melayu. Ye la kan, takkan aku nak tengok gambar Bak Kut Teh sambil telan air liur, sebab gambar makanan nampak sedap~!

Food blogger skang ni memang ramai. Ramai yang claim diri mereka food blogger.

Cuma, nak cari Food Blogger yang betul-betul mampu bertahan dalam masa yang lama, itu yang susah. Yang ada personaliti dan gaya tersendiri, itu lagi la susah. Takat share-share tempat makan menarik di Kuala Lumpur/Penang etc, banyak la tapi yang betul-betul kuat makan as a food blogger, itu yang susah. Aku pun boleh jadi Food Blogger maa~

Kalau terasa nak cuci mata ngan foodie thing, aku suka baca blog Food Blogger Melayu, brada otai HazmanFadzil.com . In fact, tiap-tiap hari aku baca blog dia, since 4,5 tahun lepas kot.. Kenapa? Ok ni jawapan dia…

Ko mampu, selepas makan malam ala buffet di hotel, balik ke rumah terasa lapar, then singgah gerai beger beli beger ayam satu, beger daging satu, makan masa supper?

Ko sanggup, redah perjalanan jauh dan berliku semata-mata nak try menu sedap di restoran Mak Jah di ceruk taman?

Ko boleh, hari-hari dok ulang di kedai makan yang sama, semata-mata nak try semua menu nasi goreng yang ada dalam buku menu?

Ko mampu nak anjurkan kontes dengan hadiah wang tunai lumyan sampai ke edisi 30 bersamaan dengan 30 bulan tanpa miss?

Abang Man ni semua boleh, semua mampu, semua sanggup !!!

Haa..macam tu la yang aku maksudkan. Kan lain daripada lain. Sampaikan ada budak ofis aku baca blog dia sebab tertarik dengan ‘nafsu makan’ dia! Oh ye, budak tu budak lelaki ye.*toobad

….jap jap, ni bukan Kontes Review Blogger atau entri bodek untuk dapat tiket percuma filem Rentap ye. Ni namanya entri penghargaan sebab aku rasa lebih 70% daripada hadiah wang tunai daripada Kontes Raja Komen Blog dah selamat masuk poket aku..haha

Menyelusuri(mana dpt ayat ko JMR oi!) perjalanan karier beliau sebagai seorang Food Blogger, banyak aku lihat ciri-ciri positif dalam cara dia mengemudi blog Hazmanfadzil.com dari dulu hingga kini.

TIPS UNTUK JADI BLOGGER HEBAT.

  1. Konsisten update blog setiap hari. (bukan senang nak update citer makan hari hari ok)
  2. Reply komen kerap kali, rather then ko baca je komen reader ko. Komunikasi dua hala namanya.(walaupun tak semua, tapi majoriti ok kecuali komen merapu peserta kontes raja komen termasuk akunye hahaha)
  3. Rajin datang event/review sama ada ada bayaran / hanya token biasa. (bukan semua, tapi kalau nak tahu mana yang patut/ mana yang tak patut, gi tanya dia..)
  4. Friendly dengan semua level blogger – newbies/veteran. Networking style. (first aku kenal dia, dia yang tegur aku dulu..sampaikan aku ingat aku femes giler sampai ada orang tegur..)
  5. Tak perasan bagus… ( bukan setahun buat blog, dah demand nak orang bayar tinggi…)
  6. Berdiri di atas kaki sendiri, dari meniarap ke merangkak, berjalan seterusnya berlari macam skang ni…………….. (yang ni aku yang nampak, nak tahu apa aku nampak, boleh tanya aku..haha)

Panjang la plak. Menaip dari hati memang cepat je jari-jemari ni..hikhikhik..dah la….

..act banyak lagi yang blogger esp. blogger baru yang boleh belajar something positive daripada dia, bila kenal dengan lebih rapat lagi. Bukan senang nak jadi seorang top blogger berjaya esp Top Food Blogger Melayu yang mampu bertahan dari dulu hingga ke hari ni. Bukan hari ni buat blog, minggu depan dah boleh berjaya.

Blogging is not easy like that bro..

Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan? Lagi satu, ini bukan job berbayar ye!

Semoga terus bersemangat untuk berkarya! Wish you best of luck bro, walaupun ko takde jodoh untuk jadi adik ipar aku..hahaha

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

12 thoughts on “Food Blogger Malaysia yang patut blogger kenal dan contohi.

  1. Memang bestkalau baca blog abam HF ni. Sampai saya tiap kali nak p makan pun mesti cari tempat yg direkemenkan oleh beliau

Leave a Reply to Suriaamanda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *