November 28, 2020

Seminar Buat Duit Dengan Blog

Seminar Buat Duit Dengan Blog – rasanya dah ramai yang tahu pasal seminar anjuran Denaihati ni kan?

Boleh dikatakan, majoriti blogger mempunyai impian untuk menjadikan blog mereka sebagai sumber pendapatan, baik primer ataupun sekunder, selain tujuan berblog sebagai hobi atau pun minat dalam penulisan.

Telah terbukti, ada blogger mampu menjadikan blog mereka sebagai sumber pendapatan secara fulltime. Tidak kurang juga, ada juga part time blogger mendapat pulangan bulanan melebihi pendapatan pekerjaan tetapnya. Dan mereka ini mempunyai cara usaha tersendiri dan identiti tersendiri dalam membentuk diri mereka sebagai blogger yang mampu menjana pulangan yang lumayan daripada blog. Mungkin cara mereka tidak sama dengan cara kita dan mungkin jumlah duit yang mampu mereka jana, tidak sama dengan jumlah yang berjana dijana oleh blogger lain.

Berapa banyak boleh buat duit dengan blog ni? Itu aku tak pasti..yang aku pasti, setiap blog mampu buat duit dengan pelbagai cara. Aku pasti sebab aku dah merasainya sendiri walaupun tidak sebanyak blogger-blogger hebat lain.  Pada aku, impian blogger yang mahu buat duit dengan blog ini boleh direalitikan jika kena pada caranya, masanya, dan tempatnya.

Bagaimanakah cara daripada sekadar hobi berblog boleh bertukar kepada hobi buat duit?

Mungkin di SINI ada jawapannya.

 Bilakah masa yang sesuai untuk mengtransformasikan blog hobi menjadi blog sebagai lubuk duit?

 Mungkin di SINI ada jawapannya.

Di mana seorang blogger boleh mendapat informasi/input yang boleh merealisasikan impian ini?

Mungkin di SINI ada jawapannya.

 Tidak sampai 24hrs pengumuman dibuat mengenai seminar ini, aku dah register dan terus bayar yuran pendaftaran berharga RM50, walaupun aku takpasti lagi aku ada freetime/tidak pada hari itu! Sebab utama, aku yakin dengan kualiti ‘produk’ oleh Denaihati Network dan aku tidak mahu terlepas 300 tempat duduk sahaja untuk seminar kali ini! Semoga aku berpeluang hadir, bertemu mata dan membina network baru dengan blogger-blogger hebat lain

Seminar Buat Duit Dengan Blog anjuran Denaihati ini akan diadakan pada Sabtu, 4 Mei 2013, bertempat di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya dari jam 8.00pagi hingga jam 1.00 tengah hari. Seminar berkonsepkan forum ini akan memberi peluang kepada peserta untuk bertanya dan berbincang dengan panel yang terdiri daripada top blogger Malaysia. Hebat bukan?

Tempat hanya 300 orang. Sesiapa yang mendaftar sebelum 15 April 2013 hanya dikenakan bayaran sebanyak RM50, dan selepas itu, akan dikenakan bayaran sebanyan RM100. Jadi, cepat-cepatlah grab peluang yang ada ini, jika anda inginkan ilmu dan informasi daripada blogger-blogger hebat Malaysia.

Alhamdulillah, aku dah pun mendaftarkan seawal masa dan menjadi pendaftar pertama berbayar seperti yang dinyatakan oleh Tuan DH di FB DenaihatiNetwork. Cepat daftar sebelum harga naik!

Boleh daftar diSINI sekarang!:-)

“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Seminar Buat Duit Dengan Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *