September 18, 2020

Ribeye Steak sedap di NY Steak Shack Mid Valley

Setiap kali ke MidValley, kompom aku pening nak lepak makan kat mana. Nak nak lunch hour di hari minggu, sendat dia bukan main lagi. Padat setiap restoran.

Kebetulan, last trip ke Mid Valley, ternampak restoran NY Steak Shack yang menyediakan makanan barat seperti steak, burger etc. Terletak di LG Floor, LG-012. First time perasan restoran ni, orang ramai boleh tahan tapi ada seat kosong, ngam ngam untuk aku, Puan Nunu dan Dayyan Harith.

 

Buku menu masih elok. Mesti kedai baru buka je lagi ni kan. Kalau tak, rabak.. NY tu mungkin merujuk kepada New York, sebab ada gambar Statue of Liberty.

 

Banyak pilihan di NY Steak Shack ni untuk penggemar makanan barat dengan harga berpatutan. Ingat nak orderkan Dayyan Beef Pepper Burger, tapi macam besar giler lak portion dia. So, bagi dia share je ngan mommy dia. Lagi afdal.

 

Southwest grill chicken untuk mommy Dayyan. Dada ayam yang dipanggang dengan perapan rempah+garlic+onions. Dayyan suka gila dengan isi ayam lembut dan mashed potato tu. RM19.90 untuk satu set ni.

 

RibEye Steak, medium rare untuk daddy Dayyan. Yeah..Portion dia cukup la untuk aku kenyang. Baru yang 150gram ni,bukan 200gram lagi. Kalau tak kenyang sampai ke malam. Selera aku skang ni memang ke medium rare, ada juicy juicy tapi takde la sampai nampak kemerahan daging tu kan. Untuk sos, aku pilih blackpeppercorn. Unik rasa sos tu. Side dish lak aku pilih mashed potato+mixed vegetable. RM25.90 untuk satu set ni, boleh consider berbaloi dengan rasa dan kuantiti ni.

Selain di Mid Valley, NY Steak Shack ada gak di Sunway Pyramid dan juga IOI City Putrajay(soon)..so kalau nak rasa Rib Eye Steak sedap, boleh la try di NY Steak Shack ni. Burppp…alhamdulillah.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

10 thoughts on “Ribeye Steak sedap di NY Steak Shack Mid Valley

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *