October 6, 2024

Majlis Perkahwinan Dr. Fatin Liyana & Dr. Anwar Fazal.

Tahniah kepada pasangan pengantin baru, Dr. Anwar Fazal dan Dr. Fatin Liyana yang telah selamat diijabkabulkan pada hari Sabtu, 13 Jun 2015 yang lepas.

Aku dah lama mengenali Dr.Anwar Fazal yang merupakan senior di SMS Tg.Muhammad Faris Petra dan juga Dr.Fatin Liyana sebagai Rakan Blogger (honeykoyuki) di blogsphere Malaysia. Sesiapa yang mengikuti perkembangan kisah mereka, pasti akan tersenyum menghadiri majlis perkahwinan mereka ni. Benar janji Allah. Mereka berdua mempunyai keterampilan dan santun tinggi, bagai pinang di’blend’ sangat. Manis!

 

Aku dan famili mempeluang menghadiri Majlis Resepsi Dr.Anwar Fazal dan Dr.Fatin Liyana yang diadakan di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Beautiful wedding! Makan pun sedap-sedap..

 

Majlis dimulai dengan bacaan Al-Quran oleh Dr.Anwar Fazal sendiri. Lunak alunan bacaan tetap sama seperti zaman kami di asrama dulu. Seterusnya, sesi makan beradap, diikuti dengan sesi memotong kek dan juga sesi bergambar di pelamin. Dak kecil Ayyan, dah teruja masa ni, siap “Wow!!”..konfem rosak ‘recording’ momen masa ni.

 

Gambar wajib atas pelamin. Terasa seperti pengantin baru gak. Pelamin simple tapi tetap tampak meriah dan eksklusif.

Tahniah Dr.Anwar Fazal dan Dr.Fatin Liyana di atas ikatan perkahwinan ini. Semoga terus dilimpahi berkat dan tabah melayari bahtera perkahwinan ini. Amin~

 

Trend tengah ‘in’ sekarang ni. Tetamu boleh ‘posing’ depan kamera dan dapat print out gambar sebagai tanda kenang-kenangan. Lagi sekeping, ditampal di guestbook dengan kata-kata ucapan untuk pengantin baru.

 

Syok tengok koleksi gambar perkahwinan Dr.Anwar Fazal dan Dr.Fatin Liyana di Instagran mereka @dr.afl yang dirakam oleh team Maroon Production dan The Creativo semasa majlis resepsi ini.

Tahniah Dr.Anwar Fazal dan Dr. Fatin Liyana!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

18 thoughts on “Majlis Perkahwinan Dr. Fatin Liyana & Dr. Anwar Fazal.

  1. Tahniah buat pasangan mempelai.. semoga berbahagia hingga ke syurga.
    Tahniah juga buat bro berpeluang menghadiri majlis yg meriah dan istinewa ni.. 🙂

  2. Tahniah diucapkan kepada Dr. Anwar Fazal dan Dr Fatin Liyana… semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *