December 9, 2024

#AyyanTravel..Percutian pendek ke Pulau Lagenda-Langkawi

Assalamualaikum wbt dan haiiiii..

Masuk hari ni, dah hari ke-9 misi pencarian MH370 yang dilaporkan hilang di Laut China Selatan pada 8 Ma 2014 lepas. Terkesan dengan insiden ni, dah 8 hari aku tak update blog.

Ceritanya, pada pagi Sabtu 8Mac tu, sebelum bertolak ke LCCT untuk percutian pendek kitorang, terkejut dengan notis yang mengatakan pesawat MAS MH370 mengalami insiden semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Since dari saat tu gak, elok online je, aku mula browse berita terkini untuk info semasa dan juga terpaksa memerah otak untuk mengkaji relevannya spekulasi yang dimainkan oleh penggiat social media. Natijahnya, mood untuk update blog memang ke laut, lebih suka membaca info tentang isu MH370 daripada memberi info. Tak suka untuk membuat spekulasi dan agakan yang kadang-kadang tak masuk akal. ‘Tabik spring katak’ untuk blogger yang boleh update blogpst dengan pelbagai isu dan spekulasi, dan dalam masa sama ternampak ‘kebodohan’ seorang blogger di entri-entri tersebut. 

*inialasanakutakupdateblog.

Berbalik kepada percutian pendek keluarga kecil kami. Kali ni semuanya dirancang oleh wife, aku terpaksa approve je..hehe..elok je clash dengan event Sepetang Bersama Blogger 2014. Tapi keluarga tetap diutamakan. Trip ke Langkawi kali ini bersempena dengan ulangtahun perkahwinan kedua kami dan juga untuk membiasakan baby Dayyan Harith dengan persekitaran yang lebih mencabar, katanya..hehehe

Penerbangan dari LCCT ke Langkawi International Airport mengambil masa lebih kurang satu jam. Safely landed di airport sana lebih kurang jam 1.30petang. Lega sket dapat lari dari udara jerebu di Lembah Klang. Tapi suhu di Langkawi tetap panas, mujur geografi sebagai pulau menyejukkan keadaan dengan angin yang sangat best.

 

Untuk memudahkan pergerakan di Langkawi ni, kami sewa kereta. Takkan nak nek taxi selama 3 hari 2 malam ni kan. Masak la..kami book thru online untuk car rental. Masa book, mintak Mazda 2, tapi bila tiba harinya, Mazda 2 out of stock, yang ada dan sama harga ialah Honda City, layankan aje. RM80/hari, so total untuk tempoh kat sini ialah RM160. Bayar penuh masa amik kete kat airport plus dengan deposit RM100. Deposit ni akan dapat balik masa pulangkan kete nanti.

Dah dapat kete, berdesup cari lokasi hotel. Berpandukan GPS, tak sampai 10minit je dah sampai hotel. Saje nak recce jalan dulu, takdela kelam kabut lak pasni kan. Since check in jam 3petang, dan perut pon dah lapar, cari port nak makan jap. Mula-mula ingat nak ke Pantai Chenang, tapi terjumpa lak ngan van gerai Laksa Pulau yang ada jual laksa, pasembor, cendol kat tepi pantai belakang airport. Ada dua tiga bijik gerai kat kat area ni. Singgah jap untuk pekena pasembor dan cendol sambil menghayati angin sepoi-sepoi bahasa tepi pantai. Syiok wo, makan bawah pokok. Dah kenyang, silap-silap leh layan tidur..huhuhu..

 

 

Syok Dayyan tidur kat tepi pantai ni. Penat sangat tu sebab dalam flight, excited dok main ngan kawan-kawan. Langsung tak tidur dari KL. Elok je sampai sini, terus terlelap.

Dah setel isi perut, ngan-ngam jam 3 petang. So, kami check in di Hotel Bella Vista. Aku book hotel ni melalui AsiaWeb dengan harga RM125 semalam inc breakfast. Ok la, facilities semua ok walaupun taraf 3 bintang je. Lagi pun, ni bukan first honeymoon, 24hrss nak dok dalam bilik je kan..hahaha..janji katil, tilam, lantai, bilik air bersih, ok je kitorang.

Sampai je bilik hotel, si Dayyan ni dah celik mata. Argh ingat baru nak rest jap. Owh abaikan nursing bag yang kaler pink tu. Even anak jantan. tapi mommynya memang gile ngan kaler pink, tetap dibawanya yang kaler pink. Lepas hilangkan penat badan lebih kurang, dan kat luar pon dah tak panas sangat, kitorang gerak ke Pekan Kuah.

Senang drive sendiri kat Langkawi ni, takyah risau sesat. Tak besar mana pon kan. Lagi pun dalam rental car ni memang dah tersedia peta Langkawi, siap ada tempat-tempat menarik untuk dilawati. Antara tempat yang wajib dilawati bila datang Langkawi ni adalah Dataran Lang. Terletak sebelah je dengan jeti feri di Pekan Kuah.

Rasanya memang wajib bergambar dengan helang ni bila sampai kat sini kan. Nasib baik terletak kat tepi laut, so takde la terasa panas sangat sebab angin kat sini memang nyaman. Ramai gak pengunjung waktu aku sampai ni. Masing-masing dok sibuk nak bergambar dengan helang ni dari pelbagai sudut. Ada sorang mamat foreigner kat sini yang sediakan servis snap gambar dan terus print out untuk sapa-sapa yang nak dengan harga RM5 sekeping. Ok la kan tu pun kalau aku tak silap dengar harganya..hehehe..aku tak amik sebab bawa dslr sendiri. Gambar bertiga kami ni pun aku suruh awek yang tangkap..nasib baik cun..gambar ni la yang cun..

Masa kitorang sampai kat sini, jam lebih kurang 4.45petang. Waktu yang cantik untuk amik gambar act. Hasilnya, suka betul aku ngan tone awan kat sini. Blue sky yang cantik kan?

Sebelum gerak ke tempat lain, sempat singgah kat Jetty Point. Tengok coklat dan barang-barang lain, kot-kot boleh dapat murah. Tapi rasanya kat sini lebih mahal sket berbanding kast tempat lain. Nasib baik, sebelum datang sini, dah siap-siap google harga coklat kat tempat lain..hehehe..

Memandangkan dah takde pa pe nak buat kat area jeti pekan kuah ni, kitorang gerak ke Pantai Chenang. Orang cakap sunset kat sana cantik. Dari kuah ke Pantai Chenang ni ambil masa lebih kurang setengah jam drive. Tenang je drive kat sini, takde jamm even jam 6 petang masa ni.

Sampai kat Pantai Chenang ni lebih kurang jam 6.45 petang. Parking agak susah, tapi pandai-pandai la nak nyelitkan kete ye. Memang meriah suasana Pantai Chenang ni. Dah namanya pulau kan, pasir pantai memang putih. Nak bersantai sambil berjemur pun boleh. Ada macam-macam aktiviti kat sini, ada banana bot, parasailing, jetski etc dengan harga-harga tertentu. Tunggu Dayyan besar sket lagi la baru leh buat aktiviti-aktivit sumer tu. Gian lak nak naik jetski. Buat masa sekarang ni, just boleh entertain Dayyan main pasir je. Tu pun kena jaga-jaga, takut dimakannya pasir macam trip ke Pantai Telur Cempedak. Alhamdulillah sekarang ni dah pandai menilai, mana pasir, mana nasi..hehehe..

Amacam, ada gaya beach boy tak? Sopan je duduk ye…hahaha

So far, sunset hari ni bapak tak best.  Agak frust, tapi nasib baik pantai chenang ni dekat je ngan hotel kitorang. Esok boleh datang lagi. First day #AyyanTravel yang menyeronokkan. Lagi seronok bila tengok anak&isteri hepi..alhamdulillah..

To be continued~

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

10 thoughts on “#AyyanTravel..Percutian pendek ke Pulau Lagenda-Langkawi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *