October 5, 2024

3 perkara penting yang perlu dilakukan di Persidangan SBBYEOS2014. Ini tips dari Shakiddo untuk menang banyak hadiah. Betul tak Abe Kid?

Salam&Hi peserta-peserta SBB2014/SBBYEOS2014,

Pasti ramai yang tidur awal malam ni dan tak lena tidur dek tak sabar nak menghadiri perhimpunan blogger-blogger hebat Malaysia, Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014 di Saloma Bistro pada hari esok 8 Mac 2014. Tahniah diucapkan kepada mereka yang akan hadir dan kepada yang tidak berpeluang untuk turut serta, jangan risau, kita baca update Facebook atau tweet-tweet best daripada diorang. Pon idea best untuk nikmati kemerihan di SBBYEOS2014 gak kan?

Sedia maklum, di persidangan/seminar gini, pasti ada giveaway, cabutan bertuah, kontes, lawan sapa cepat etc yang menawarkan hadiah yang best best kan. Since minggu lepas aku ada menghadiri World Blogger & Social Media Summit 2014 yang menyaksikan Rakan Blogger, founder of Shakiddo.com dah berjaya memenangi laptop Toshiba yang ribu-riban harganya dan beberapa hadiah yang menarik lagi, meh aku nak share tips-tips nyata, seperti yang Shakiddo praktikkan semasa persidangan tu.

 

3 perkara penting yang perlu dilakukan di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014;

1. Pastikan akses internent korang berada di tahap paling maksima.

Kalau ikutkan pengumuman oleh penganjur, tiada public wifi disediakan. Jadi pastikan bawa broadband. Kalau takde, boleh tethering dari smartphone korang kan. Kalau taknak tethering, sewa wifi ngan rakan blogger kat sebelah tu. Rugilah kalau berada di seminar berkaitan Social Media ni, tapi tiada akses internet. LIVE BLOGGING pon best gak masa SBB2014 ni. Boleh kawan-kawan kat luar yang baca secara live apa terjadi kat Saloma Bistro kan. Update/tweet pon nak kena LIVE kan. Lagi best, bawa laptop. Lagi cepat/senang/selesa korang leh tweet. Kot-kot ada’tweet challenge’ yang leh bagi hadiah best. Nak fight dengan smartphone/tablet agak susah kan, kalau pakai laptop, leh tab window banyak-banyak, kompom berdesup tweet kluar kot timeline tu..betul tak Abe Kid?

2. Namecard/businesscard rakan-rakan berada dalam kuantiti yang maksimum, sekurang-kurang 30kpg.

Untuk berjaya di arena blogsphere ni, namecard memainkan peranan penting. Its all about networking. At least, nampak professional bila ada tukar-tukar namecard kan. Tapi kenapa sekurang-kurangnya 30 keping? Aku suggestkan kuantiti je, mana tahu tetiba untuk hadiah MacBook, pihak penganjur SBB2014 ni mintak korang sediakan 30 keping atau lebih namecard dengan kadar segera untuk hadiah best itu? betul tak Abe Kid?

3. Fokus, fokus dan fokus. 

Aku percaya, Sepetang Bersama Blogger 2014 ni bukan takat perhimpunan blogger biasa-biasa, tapi MAJLIS ILMU. Dengan niat betul, insyaAllah dirahmati-Nya. Jadi, dalam keseronokan berjumpa rakan blogger, jangan lupa fokus dengan perkongsian hebat daripada mereka yang berjaya. Sedut banyak-banyak ilmu. Take note, then balik malam tu, boleh buat blogpost. Boleh aku baca. Itu fokus dalam mencari ilmu. Fokus seterusnya, bila ada soalan/kuiz/kontes, fokus dengan mencari jawapan dan jangan segan malu untuk angkat tangan&jawab atau join aktiviti tersebut. Paling penting jangan give up kalau tak menang pa pe..Satu masa pasti akan dapat gak hadiah best. Masam MSMW2014 yang lepas, aku kagum dengan kesungguhan dan sikap takde kemaluan founder Shakiddo hingga ke saat akhir.. And he got the new laptop! Betul tak Abe Kid?

 Cukup la tiga point je kan. Lain-lain tu, pandai-pandai koranglah. Dah besar sumer kan. hehehe..

by the way..

Jangan lupa tidur awal malam ni. Jangan lupa datang awal esok. Jangan lupa bawa charger/powerbank. Jangan lupa bawa namecard. Jangan lupa fokus. Jangan lupa selfie ngan team Denaihati. Jangan lupa kem salam kat awek-awek un. Jangan lupa apa yang aku pesan tu.

ENJOY!

pstt: Kepada blogger-blogger lain yang tak berpeluang nak turut serta. Kecewa dengan Sepetang Bersama Blogger 2014 ke??? Jangan macam tu, its not end of the day bro…hehehe..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “3 perkara penting yang perlu dilakukan di Persidangan SBBYEOS2014. Ini tips dari Shakiddo untuk menang banyak hadiah. Betul tak Abe Kid?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *