9 Mac 2014-Underwater World Langkawi.
First time ke Underwater World Langkawi, pada tahun 1998, ayah bawa semasa trip pusing semenanjung selepas PMR. Masa tu, Underwater World ni kira tempat wajib kunjung yang gempak giler masa tu. Selepas 15 tahun, aku datang lagi..
-gambar-
Kali ni pergi bersama famili aku. Selepas cubaan menaiki cable car gagal, kami ke Underwater World Langkawi yang terletak di area Pantai Chenang. Tiket masuk ke Underwater World Langkawi untuk dewasa macam aku dan Puan Nunu adalah RM30 (warganegara Malaysia). Untuk bukan warganegara, harganya berbeza tapi aku lupa dah berapa. Boleh dapat details di website Underwater World Langkawi.
-gambar-
Apa ada di Underwater World Langkawi ni? Terbahagi kepada beberapa bahagian yang menempatkan hidupan asal tempat tu seperti hujan hujan tropika, sub antartika, fresh water, hidupan laut dalam, coral etc. Juga terdapat beberapa galeri yang memaparkan gambar dan info-info berkaitan dengan binatang-binatang yang hidup di bahagian-bahagian tu. Banyak gak benda yang baru / tahu tapi lupa yang boleh aku hayati dan fahami kali ni..hehehe..
-gambar-
Walaupun Underwater World Langkawi ni lebih kepada binatang dalam air, tapi ada gak spesis-spesis darat yang ada kat dalam ni. Rajin gak diorang ternak spesis-spesis seperti ni kan..hehe
-gambar-
Yang lain-lain tu aku tak heran sangat, tapi tertarik dengan si penguin kat sini. Paling best tengok gelagat Rockhopper, spesis penguin yang suka melompat dari satu batu ke batu lain. Bulu kening Rockhopper ni pon unik je, macam dah veteran sangat. Mengikut info kat galeri sini, ada penguin yang Tun Mahathir sendiri yang bawa balik dari antartika nun jauh di sana. Dulu kat sini tak banyak sangat, tapi masa aku pergi ni, dah membiak dengan jayanya. Rasa nak bawa balik bela kat rumah sekor je..
-gambar-
Agak sayang, masa kami sampai ni, belum masanya staff kat sini bagi makan kat penguin. Kalau tak, konfem Dayyan lagi tertarik dengan aksi penguin ni melantak makan. Ni pon bukan excited dia dok main acah-acah dengan geng barunya ni. Penguin tu lak bijak je dok melayan jari telunjuk si Dayyan..
Sebenarnya aku expect lebih lagi daripada yang ada kat Underwater World Langkawi ni. Mungkin sebab sekarang ni Malaysia dah ada Aquaria KLCC yang pastinya ada lebih lagi hidupan kat dalamnya. Cadangan aku, supaya tahap maintenance di sepanjang tempat pameran dalam Underwater Langkawi ni dipertingkatkan lagi. Kasi upkan lagi standard, sebab kalau nak ikutkan harga tiket, dah tak jauh beza dengan Aquaria kan..
Rasanya tak sampai sejam pon kami kat dalam Underwater World ni..tup tup dah sampai penghujung..nasib baik kat sebelah bangunan Underwater World Langkawi ni ada kedai jual cokelat…weee…~
Hahahahah….setuju ngan Hazman Fadzil…mana2 pun if pi tempat mcm ni sure parents akan ckp macam tu…baru la urban kan….
Pernah ke sini, banyak ikan yang menarik.
tengok pengguin tu yang paling best rasanya, tak ada kat tempat lain rasanya. pengguin “ramon” cerita “happy feet” pun ada yer…hee
Kalau tempat cenggini mesti parent akan cakap FISH…..FISH… berbanding IKAN ….IKAN…. betul tak ?
Btul2.. mcm ade pegalaman je.. huk2..