September 26, 2020

Kenapa perlu peluk anak?

Aku terbaca di Facebook IbuBapaCemerlang tentang kepentingan memeluk anak terutamanya yang masih bayi.

1- Pelukan membina kepercayaan dan rasa selamat.

Ini membantu anak-anak supaya lebih senang berkomunikasi secara terbuka dan jujur. Rasanya lebih baik anak menganggap ibu bapanya sebagai kawan baik, yang boleh berkongsi apa saja rahsia. 

2- Pelukan meningkatkan tahap oxytocin yang menyembuhkan perasaan kesepian, keseorangan, kekosongan dan kemarahan.

Bila anak kecil sedang meragam, peluklah dia. Mungkin dia ada rasa something yang tak best ie marah, sepi, bosan etc. At least, bila dipeluk, dia rasa lebih tenang dan selamat.

3- Pelukan meningkatkan harga diri. 

Bukan takat anak kecil, kita yang dewasa pon rasa disayangi dan dihargai bila dipeluk.kan? hehehe..

4- Pelukan mengurangkan ketegangan dalam badan. 

Anak kecil pun tahu tekanan perasaan. Dengan satu pelukan dari mak ayah mampu mengurangkan stress diorang ni.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

One thought on “Kenapa perlu peluk anak?

  1. betul tu, selain pelukan usapan juga mampu menenangkan.
    macam anak saya sampai sekarang kalau didokong saya akan tepuk2 usap belakang badan dia dan dalam masa yang sama dia akan buat perkara serupa pada saya juga…suka moment tu. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *