“Confident Swimming Babies & Water Safety Workshop” di The Parenthood
Ibu bapa mana yang tak bahagia melihat kegembiraan anak-anak berseronok mandi-manda di pantai atau kolam renang. Tambahan pula, lumrah anak kecil yang memang suka air, suka mandi kolam atau di pantai. Tetapi awas, sudah banyak berlaku kes-kes dari saat gembira menjadi saat duka di tempat-tempat sebegini. Salah satu sebabnya adalah kecuaian.
Dilaporkan pada tahun 2016, lebih 363 kes lemas sama ada di pantai, air terjun kolam renang, mahu pun di dalam bath-tub(anak kecil) di rumah sendiri. Itu baru kes yang dilaporkan, belum lagi termasuk kes-kes yang tidak dilaporkan.
Aku sangat beruntung kerana berpeluang menghadiri “Confident Swimming Babies & Water Safety Workshop” yang dikelolakan oleh Cheekaboo dan dikendalikan oleh instructor renang terbaik di Malaysia, Mr.Bryan Yap yang bertempat di The Parenthood Sunway Pyramid baru-baru ini.
Banyak tip-tip menarik dikongsikan oleh Mr.Bryan Yap terutama bagaimana cara yang betul memandikan bayi dan juga tentang keselamatan yang perlu dititik-beratkan semasa anak-anak berseronok di bath-tup, kolam renang, pantai atau pun di mana-mana tempat air yang berisiko tinggi.
Tip 1: Sentiasa Awasi Anak Anda!
Sesaat ibu bapa cuai , seumur hidup pasti menyesal. Jangan terkejut sekiranya kajian menunjukkan faktor utama kecuaian mereka adalah disebabkan oleh teknologi terkini iaitu smartphone/gajet. Ada betul kerana kebanyakan antara kita lebih leka dan mata hanya fokus pada skrin smartphone tanpa sedar risiko lemas kepada anak-anak kecil yang sedang bermain di tepi kolam atau pantai.
Dalam workshop ini juga, Mr.Bryan Yap ada berkongsi tips bagaimana bertindak sekiranya berlaku kecemasan ie: lemas di tempat-tempat sebegini. Ianya lebih baik, sekiranya anak-anak dilatih dengan kemahiran berenang yang betul oleh swimming instructor yang terlatih.
Tip 2: Cara Betul Mandikan Bayi
Dalam sesi ini, Bryan Yap juga ada berkongsikan kaedah/cara yang betul memandikan bayi seawal minggu pertama. Ye la kan, even masih kecil, takkan bayi tu tak dimandikan. Aku yakin, ramai ibu bapa di luar sana terutama ‘first child‘ yang mandikan bayi mereka dengan cara yang kurang tepat.
Mungkin ada yang tidak tahu, cara betul memandikan bayi adalah dengan memastikan air yang tersedia tidaklah terlalu panas. Macam mana nak measure suhu air tu, ada dikongsikan di dalam workshop ini.
Mungkin ada yang tidak tahu, cara betul memandikan bayi adalah dengan menjiruskan air dari cawan kecil dari atas kepala. Opss jangan takut, bayi anda tidak akan lepas dengan kaedah yang betul. Macam mana? Tips ini juga dikongsikan oleh Mr.Bryan Yap di dalam workshop ini.
Tip 3: Baju Mandi Yang sesuai
Ramai ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang baju renang anak-anak. Mungkin ramai yang masih belum tahu kemampuan anak kecil berada dalam air hanya beberapa ketika sebelum menggigil kesejukan. Anak-anak memang tak ambil kisah dengan kesejukan asalkan dapat berseronok di dalam air sepanjang masa. Ini bukan sahaja memberi kesan negatif kepada suhu badan malah boleh membahayakan nyawa.
Cheekaaboo ada penyelesaian untuk mengurangkan risiko kesejukan melampau kepada anak-anak kecil semasa di dalam air. Baju renang keluaran Cheekaaboo mampu memberi kesan haba kepada si pemakai selain mempunyai beberapa ciri keselamatan. Kualiti memang terbaik dari segi material dan ketebalan baju. Memang sesuai untuk anak kecil yang suka mandi kolam atau pantai.
Sebenarnya banyak lagi tips dan perkongsian menarik daripada Mr.Bryan Yap sepanjang workshop ini. Baru sedar, rupanya banyak lagi ilmu yang perlu dipelajari untuk menjadi seorang bapa yang lebih baik. InsyaAllah, ada peluang, aku akan hantar kedua-dua anak lelaki aku untuk join kelas renang Mr.Bryan Yap. Bukanlah niat untuk menjadi jaguh renang dunia, cukuplah sekadar mereka tahu berenang, bijak handle safety semasa di dalam air dan mampu menolong orang lain sekiranya berlaku kecemasan di dalam air..
Kalau ada peluang sertai workshop sebegini, joinlah..banyak ilmu yang boleh digunakan dalam hidup:-)
Akhir kata, jangan lupa;
- Dapatkan baju renang berkualiti tinggi di FB Cheekaaboo.
- Baca tips-tips keselamatan anak-anak ketika di dalam air di FB Bryan Yap
- …bawa anak-anak ke playland The Parenthood yang merupakan lokasi “Confident Swimming Babies & Water Safety Workshop”
bestnye kelas ni, budak2 memang suke main air
Seronok tengok baby swimming. Sy yg tua banhka
Ni pon tak pandai2 hahaha . Btw tq tips2
Seronok tengok bro dan sekeluarga semoga dirahmatiNya sekeluarga
Ilmu wajib untuk setiap ibu bapa ni
.
Masa mandi boleh jadi menyeronokkan & selamat
wahh bagusnya swimsuit ni..melindung bb dari sejuk best2
Wah, bestnya kan? Memang wajib ibubapa kena ada ilmu tentang ni
kelas renang utk bayi boleh jadi senangn jika menggunakan cara-cara dan alat-alat yang betul, motivasi dan minat yang mendalam daripada ibu bapa atau penjaga.
kalau baby kecik lagi mmg perlu kelengkapan swimming yang bagus
itulahkan jangan sesekali cuai dalam pengawasan anak-anak ..
bahaya ..
namun jika berhati hati dan penuh waspada maka perkara buruk tidak akan berlaku
Bagus dapat ilmu kendalikan anak anak masa mandi ni
.
Sebab banyak kemalangan masa mandi kan
.
Masa mandi juga boleh jadi terapi
Memang tak dinafikan.. seronok bila berada didalam kolam @ sungai@ laut bersama anak2..
Yang paling penting pengetahuan am mcm mana bila berdepan dengan situasi genting…jadi takde la panik dan tersalah tindakan masa tu nanti..