30 Januari 2014 || 11.50malam
Malam Tahun Baru Cina setiap tahun takde beza sangat pon dengan malam-malam hari perayaan lain. Cuma tahun ni adalah pengalaman pertama untuk baby Dayyan. Tapi takde la mencabar sangat, sebab dah tempuh cabaran malam sebegini, sama dengan malam Hari Raya Aidilfitri/Adha. Pekak lagi memekakkan dengan bunyi dentuman mercun roket, mahu pun mercun papan. Kitakan 1Malaysia, well said, takleh nak komplen banyak…
Malam tahun baru Cina tahun Kuda kali ni, kami bermalam di rumah mak mertua di Port Klang. Sama meriah je dengan malam di tempat-tempat lain. Tapi syukur, mungkin sebab telinga Dayyan dah kena ‘sumbat’ dengan earplug, dia dah tidur since 10 malam tadi. Harap-harap dia tak terjaga dengan kemeriahan di medan ‘perang’ ni..dan harap-harap aktiviti malam Jumaat pasangan suami isteri lain tak terganggu dengan kemeriahan malam tahun baru Cina ni..hehehe
Happy Chinese New Year. Semoga Tahun Kuda kali ini membawa kejayaan dan kebahagian utk mereka yang menyambutnya!:-)
Hahaha..kalau malam pertama terganggu habis kecewa lahhh…hahaha…