Amalan membaca amalan mulia. Tidak dinafikan banyak manfaat yang diperolehi dengan amalam membaca. Membaca adalah cara yang paling aula dan berkesan untuk meluaskan ilmu pengetahuan.Tabiat membaca amat penting untuk melahirkan masyarakat yang berilmu.
Melalui bahan bacaan,khususnya buku,majalah dan akhbar terdapat pelbagai ilmu pengetahuan sama ada yang berkaitan dengan sains,sejarah,bahasa dan isu semasa dapat diperolehi. Tabiat suka membaca harus disemai dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.
Persoalannya, apakah cara atau tip terbaik untuk menanam minat membaca dalam diri anak-anak sejak kecil?
Salah satu cara untuk memupuk minat membaca di rumah adalah dengan menyediakan satu ruang untuk anak-anak meluangkan masa dengan aktiviti ini. Apakah pula cara terbaik untuk membina perpustakaan di rumah tanpa memerlukan modal yang besar dalam satu-satu masa?
Di bawah ini aku kongsikan satu tip membina perpustakaan di rumah dengan konsep sikit sikit lama lama jadi bukit 🙂
Tip Membina Perpustakaan di Rumah.
- Setiap bulan beli sebuah buku. Setahun, anda akan mempunyai 12 buah buku.
- Pada tahun kedua, setiap bulan beli dua buah buku. Pada akhir tahun, anda akan mempunyai 24 buah buku.
- Pada tahun ketiga, setiap bulan beli tiga buah buku. Pada akhir tahun, anda akan mempunyai 36 buah buku.
- Pada tahun keempat, setiap bulan beli empat buah buku. Pada akhir tahun, anda akan mempunyai 48 buah buku.
Dalam masa empat tahun kau orang telah berjaya memiliki 120 buah buku.
Aku percaya, setelah konsisten membeli buku pada setiap bulan, kau orang bukan sahaja mengumpulkan sejumlah buku, bahkan membina semangat untuk membaca.
Tidak mustahil selepas itu, pada tahun seterusnya, setiap minggu kau orang akan membeli dan mahu membaca buku baharu.
Hasil pembelian dan pembacaan yang konsisten, 20 tahun akan datang, kau orang sendiri tidak percaya bahawa kau orang telah memiliki perpustakaan sendiri yang menempatkan ratusan atau ribuan buku di rak.
Jadi, mulakan sebulan sebuah buku, lama-lama semakin bertambah.
Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China
Kena konsisten dan buat jadual tetap untuk baca buku..
Sebagai contoh tetapkan hari dan masa untuk membaca…
Semoga berjaya bro
Betul tu..thanks bro!
idea yang menarik untuk dipraktik..
in shaa Allah setelah banyak duit saya akan membeli buku setipa hari..
setahun dapat kumpul 365 judul buku..
bagus ni tips.. Books as a Window to the World..
Setuju tu..tingkap untuk lebih hebat terbang tinggi..
hehee buku banyak.. setiap kali p big bad wolf mmg pulun beli.. tapi.. hehehheheheh
hehe..tapi apa tu? eh, kami last pergi BBW pun 4 tahun lepas. Buku yang beli masa tu pun tak abes baca lagi ni hahah
Lama tak datang sini, makin cantik blog.
Tenkiu Suriya Majid. Singgahlah selalu ye