April 18, 2024

August Trip: F23 Platform

F23 Platform: 29/8 ~ 8/9/2012

Assalamualaikum wbt..

Haluu back..hehehe..rasanya tahun 2012 ni, dah berapa banyak kali aku kasi salam ‘haluuu back’ kan? Nak buat macam mana kan..hidup mesti diteruskan. Dan seperti yang sedia maklum, kalau agak lama blog ni tak berupdate, bermakna aku takde kat darat. tapi tak bermakna aku ada di atas awan..insyaallah, by next year, tak perlu lagi bersusah payah mencari rezeki sampai ke tengah laut, darat ni diciptakan olehNya dengan terbentang luasnya rezeki di atasnya..with hope, amin~

Berbalik kepada story trip aku kali, alhamdulillah dan syukur padaNya sebagai berjaya tamatkan tugasan dalam tempoh yang lebih pendek daripada jangkaan. Tapi, aku rasa trip kali ni la yang paling best, paling banyak pengalaman bermakna yang aku dapat, dan paling ramai kawan-kawan best yang aku jumpa. Salah satu kelebihan bila bekerja di pelantar minyak di kawasan Borneo adalah kepelbagaian kaum&bangsa yang boleh aku jumpa. Ada Melayu, Cina, India, Iban, Bajau, Melayu-Brunei dan macam-macam lagi. Dan pelbagai ragam dan perangai yang boleh diperhatikan dari segi pergaulan harian..

 

Perjalanan bermula dengan penerbangan chopper EC225 mengambil masa selama 45minit dari Miri Helibase ke F23 Platform. 30minit pertama, penerbangan sangat lancar sehinggalah ke-15 minit seterusnya, awan hitam woo..chopper dah mulai bergoyang+gegar sebab langgar air dalam awan, dah tu siap air boleh melimpah masuk membasahi lantai kabin. woo..agak cuak, tapi tetap tenang dan percaya pada kebolehan Captain Christ mengendalikan chopper 9M-AIN..Alhamdulillah, kesemua 19 orang krew selamat tiba selepas 45minit penerbangan…

 

“Best r ko asik berjalan je”..” Masyuk r bro”..inilah antara komen & kata-kata yang aku terima daripada kawan-kawan apabila mengetahui salah satu workarea aku ialah ‘offshore facilities’ .. Mungkin ada sesetengah perkara best, tapi ada sesetengah perkara adalah ‘tidak best’..Mungkin jawapan kamu adalah ” Ye, sangat BEST” kalau kamu adalah seorang suami yang mampu berjauhan dengan anak isteri dalam tempoh yang panjang dengan kesukaran dari segi komunikasi mahupun capaian internet..Dan kalau bab ‘masyuk’ tu, terpulang kepada kompeni, ada yang mendapat pulangan banyak dan ada pulangan yang sangat banyak..For me, alhamdulillah amat berpatutan..tapi percayalah, rezeki ada di mana-mana..~

 

Berbalik kepada pengalaman yang ditimba sepanjang melaksanakan tugasan di sini, ‘kerja offshore’ ibarat bekerja di atas sebutir bom. Setiap langkah perlu utamakan langkah-langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan. “Safety First” omputih cakap. Pengalaman melihat sendiri seorang krew yang terputus jari akibat tersepit di equipment yang berpiston dan bertekanan hidraulik, betul-betul menyedarkan aku. Walaupun hanya sedikit salah langkah, mungkin kamu akan menyesal seumur hidup. Bukan menyalahkan takdir, tapi sekiranya krew yang aku maksudkan itu mengikut langkah kerja yang betul dan observe setiap tagging & warning di workplace, pasti jarinya masih boleh diselamatkan..nauzubillah..~

 

Pemandangan dari salah satu workarea aku. Ni kalau lepak sini pekena kopi ‘o’ dengan pisang goreng panas pon best, dengan angin sepoi-sepoi bahasa..wott wott..

 

Finally, selepas 9 hari di tengah lautan, berangkat pulang ke daratan dengan Fast Crew Boat dengan masa perjalanan yang saaaangat lama okkey, check in jam 1.00petang, 9.30malam baru sampau di Shin Yang wharf, Miri. what the f.. sangat penat tapi hilang bila kaki mencecah darat. Sangat bersyukur kerana semua berjalan sempurna mengikut perancangan. Dan paling penting, sempat gak aku berjumpa dengan my parent sebelum mereka berangkat ke Jepun untuk tempoh yang lama. *pffttt..

p/s: Kuasa DOA amat mujarab untuk setiap pekerjaan yang kita lakukan. Mintalah daripadaNya untuk permudahkan setiap urusan kamu. Sesungguhnya Dia Maha Pendengar dan Maha Penyayang..amin~

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “August Trip: F23 Platform

  1. mcm best je naik chopper tu..

    trima kasih sbb kerja yg risk itu utk family kite..
    i akn slalu doakan kselamatan u ye, dear..

  2. semoga sentiasa diberi kesihatan dan keselamatan dalam melakukan apa jua pekerjaan bro.. bila nak bawa aku naik cooper ni.. hehehe

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *