September 28, 2020

Hotel M Suites Johor Bahru, berbaloi atau tidak?

Kesinambungan cerita 2 bulan lepas.

Malam kedua, kami menginap di Hotel M Suites Johor Bahru, terletak tak jauh dari Danga Bay. Semua urusan dilakukan oleh Puan Isteri menggunakan kad kredit Encik Suami melalui Website Carian Hotel Best di Malaysia.

Bila aku tahu M Suites Hotel menjadi pilihan isteri, aku tanya sebab pilih hotel ni? Dia jawab, ramai yang review hotel ni cakap hotel ni sangat selesa, ada pool untuk family dan makan sedap. Itu aku setuju, cuma aku terdiam, bila aku Google pasal hotel ni, ada yang masukkan Hotel M Suite Hotel ni dalam list hotel berhantu di Malaysia.

Dem…*meremang lak aku nak update malam-malam ni, sambung esok la ye. Aku dah up gambar kat bawah ni sket..:-p

Ok sambung balik.

M Suites Hotel JB

Pertama kali di Hotel M Suites, kami memilih 1 Bedroom Suite. Lebih kurang seperti studio room la. Ada double bed, sofa, bath tub, siap ada meja makan termasuk pakej buffet breakfast. Dengan harga RM250 satu malam, bagi aku ianya tetap berbaloi. Lagi pun staff kat sini mesra pelanggan dan proper car park disediakan, walaupun agak suram..haha

bilik m suites hotel JB

Kondisi hotel ini boleh dikatakan tidaklah terlalu baru, atau mungkin tidak di’maintain‘ dengan begitu baik. Sebab keadaan di bilik air, seakan-akan tidak dijaga dengan baik.

M Suites Hotel Johor Bahru

Toilet + Bath tub.

M Suites Hotel Johor

Toiletries.

Breakfast Buffet.

Buffet M Suites Hotel

Cafe M Suites Hotel

M suites Johor hotel

swimming pool m suites hotel

Betul ke Hotel M Suites ni hotel berhantu?..mana ade. Itu mungkin pengalaman atau cerita pelanggan lain..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Hotel M Suites Johor Bahru, berbaloi atau tidak?

  1. haha sebetulnya aku tak pernah nak menginap di hotel , jika disekitar johor bahru…

    Tapi kalau time berbuka puasa tu ada juga merata.. itu pun atas ehsan baucer atau ada peluang melayan client untuk majlis berbuka puasa bersama..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *