July 13, 2020

Day 17 @ KNDP-A Offshore Platform

30June2012:Quick update:

Pejam celik, pejam celik, sedar-sedar sudah 17hari aku berada di pelantar minyak&gas Platform KNDP-A yang terletak di perairan Sabah, hak milik Sabah Shell Petroleum Co.Ltd. Dan ini bermakna, sudah 18hari(termasuk 1hari perjalanan) aku tinggalkan wife kesayangan demi mencari sesuap nasi.*Harapharapnasibriyaniwalawey..

Alhamdulillah, sejak hari pertama bertolak dari jeti Labuan Supply Base menaiki fast crew boat Sarah Gold ke barge Sarku-300 sebagai tempat penginapan memandangkan KNDP-A platform tidak mempunyai living quarter dengan waktu perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2jam. Sehingga ke hari ini tiada masalah yang kritikal dan tahap kesihatan berada di tahap memuaskan. Disokong pula dengan cuaca yang baik pada 10hari pertama. Dan sedikit gelombang beserta angin kencang mula melanda perairan Sabah/Labuan pada hari ke-11 sampailah ke hari ini. Berdoa supaya dijauhkan bencana taufan di lautan luas seperti yang berlaku 2hari sebelum aku tiba, yang mampu membengkokkan dinding besi solid setebal lebih 4inchi! Harus diingat, kuasa air mampu memusnahkan sebuah bandar, apatah lagi sekeping dinding pada sebuah kapal?? nauzubillah..

“Dan jika angin ribut menggoncangkan bahtera sehingga seakan-akan tiang akan patah janganlah bergoncang jiwamu sebab sesudah angin ribut itu alam akan terang kembali, sebab itu hendaklah sabar – Prof Dr.Hamka”

Biarpun ada yang berpendapat, bertugas di offshore mampu menebalkan poket dengan lumayan, tapi yang pasti, setiap yang bertugas di pelantar di tengah lautan tidak ingin berlama di sana. Selesai tugasan, pasti ingin segera pulang ke pangkuan tersayang. Apa guna wang ringgit, kalau setiap saat selama 24jam berada dalam keadaan berisiko. Manager, worksupervisor, engineer, technician mahupun rigger, semuanya berdepan dengan hazad&risiko yang sama, yang membezakan hanyalah langkah-langkah keselamatan yang dipraktikkan sewaktu bertugas. Mohon dipermudahkan segala urusan dan tugasan. Yang pasti, asal manusia daripada tanah, dan lautan terbentang sebagai sumber rezeki hanyalah tempat persinggahan.

“Ya Tuhan kami..akhirilah khatimah kami dengan sebaik-baik pengajaran..”

InsyaAllah..lagi 3,4 hari officemate aku akan sampai dan membolehkan aku demob lebih awal. Ngah bizi siapkan handover report untuknya. Dan sedang berfikir-fikir lokasi strategik untuk menghabiskan masa dengan si dia pada hujung minggu nanti, insyaAllah..Harap dipermudahkan olehNya.  Amin…~

Everything I need to know about life, I learn from Noah’s Ark..

im coming home..im coming home..Enjoice!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “Day 17 @ KNDP-A Offshore Platform

  1. Pingback: Dejavu di Kinabalu || Butterfly |

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *