September 20, 2020

Sepetang bersama di Teluk Cempedak

Setel majlis akad nikah dan persandingan sepupu aku, pada awalnya memang tak pasti lagi nak balik KL atau nak overnight di Kuantan ni je. Tapi beg baju memang dah bawak siap-siap. Famili lain memang akan terus balik ke Besut.

Bilik hotel mana-mana belum dibooking. Gamble. In between majlis, tertengok satu iklan Season Hotel dengan rate RM98 per night untuk satu queen bed, siap dengan wifi and breakfast keesokan harinya. Tak jauh dari Kuantan Parade, kot-kot nak cuci mata. Try call untuk book bilik. Alhamdulillah, dapat gak reserve satu bilik untuk malam ni. So, here we go, dari majlis, terus ke bilik hotel untuk rehat jap. Kasi hilang penat luh sebab bangun seawal jam 4pagi dan drive lebih kurang 4 jam..

Agak-agak dah rest jap, dan big bos Dayyan Harith dah mula bising sebab dok dalam bilik je, lepas Asar kitorang terus ke Pantai Telur Cempedak. Tak jauh pun dari hotel, lebih kurang 10minit drive..parking berbayar ok, RM2 untuk parking kat luar yang nampak lebih elok dan RM1 untuk parking yang lebih ke dalam..syukurlah parking kat pantai-pantai di Besut tak perlu bayar lagi..hehehe..

 

Pantai Teluk Cempedak ni antara destinasi wajib singgah bila datang ke Kuantan. Pasir pantai still putih bersih dan pantai yang masih terpelihara. Hujung belah kiri pantai, ada titian yang melalui batu-batu pantai ke bahagian tepi bukit. Tak pasti lak apa ada di hujung sana..Masa aku datang ni, memang meriah dengan pengunjung ngah buat aktivit masing-masing. Pemandangan biasa di hujung minggu ditambah lak dengan cuacana pun elok je masa ni, tak panas dan tak hujan.

Untuk trip ni, memang niat nak bagi pengalaman pertama kat Dayyan, bagi dia kenal luh apa itu pantai, apa itu pasir pantai..pertama kali kaki Dayyan sentuh pijak kat pasir pantai ni, dia kaku. Tak bergerak ok. Sikit sikit aku nampak dia gerakkan jari-jari kaki, geli agaknya. Beberapa ketika, baru selesa. Aku lepaskan dia dalam keadaan duduk lak.

Pertama kali pegang pasir pantai, nampak muka weird. Then dah biasa, start nak excited!

Posing gaya genggam pasir, dan lepaskan slow-slow. Masa ni dah tak heran dengan pasir pantai kot.

Ok..yang ni memang dah terlebih biasa. Siap mengorek lak. 

Dan yang ni lak memang luar biasa. Mungkin Dayyan nak cuba apa agaknya rasa pasir pantai ni..hahaha..laju betul tangan dia suap pasir tu. Mula-mula posing renung pasir digenggaman, aku angkat kamera nak shoot, masa nak klik, elok je dia suap pasir ke mulutnya..hahaha..

Dayyan bukan men seronok lagi bermain dengan mummy. Dengan cuaca redup ditambah lak ngan angin pantai, memang gelak terkekkeke je.

Dayyan & Daddy..aku tak pasti dah berapa kilo dia skang ni, tapi naik mengah gak lak kalau berdukung je manjang. Nak bawak stroller, memang tak dapat la ngan pantai berpasir ni kan..hehehe

 

Masa kitorang kat sini, ombak agak kuat menghempas batu-batu ni. Dayyan asyik dok layan tenung ombak-ombak tu. Pengalaman pertama dia gak dan mungkin dia pikir macam-macam kot. Macam mana ombak terjadi? Mana datang batu-batu ni? Best tak kalau aku terjun ni?hehehe..

Walkway di sepanjang tepi pantai Teluk Cempedak ni. Ada macam-macam cenderamata yang boleh dibeli untuk dijadikan kenangan. Ada keychain, ada fridge magnet, ada gelang nama etc.

Suasana menjadi lebih best bila ada pemuzik jalanan yang mampu membawa pelbagai genre muzik seperti brader ni. Suara sedap, muka dah macam Saleem Iklim. Pasni boleh berkolaborasi dengan Genji Busker lak bro..sempat gak layan lagu Relaku Pujuk sepam sebelum kitorang balik. Lagi pun, lebih kurang sejam lebih kat sini, si Dayyan dah gosok-gosok mata tanda nak tidur. Mata pun dah merah tu, tapi tetap tahan taknak tidur, teruja sebab ni first time ke pantai..takpe, nanti kita balik Besut, kita terjah ke semua pantai kat kampung ye baby…

Kan dah cakap, masuk je kereta, terus lena..penat betul anak daddy ni…

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

5 thoughts on “Sepetang bersama di Teluk Cempedak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *