September 30, 2020

Telur Dadar Kasih Sayang

Salam Jumaat..

Wah kan main lagi ko ye, dengar je Jumaat, bukan main bersemangat lagi nak setelkan kerja. Nak-nak ramai yang berweekend panjang hujung minggu ni sempena cuti Hari Malaysia. So, apa plan korang? Kompom banyak jemputan open house raya kan, almaklumlah hujung minggu ni adalah yang terakhir di bulan Syawal..

Hujung minggu adalah time rehat aku, even though macam tak rehat pon ada gak atas komitmen kerja+urusan bisnes sendiri. Wah kedengaran macam gempak! Mind you own business..:-p

Tapi rasanya aku dah mulai lali dengan kepenatan sebagai seorang staff kepada majikan, sebagai seorang pengurus kepada urusan sendiri, sebagai seorang suami kepada isteri dan juga seorang bakal bapak kepada bakal mak..

Since Puan Nunu skang ni dah masuk bulan kedua membawak ke bulan ketiga, situasi pening-pening dan nak muntah tu makin menjadi. Dan tahap mengantuknya juga makin meningkat selain berat badanya..hikhik..takpe takpe, ‘abang’ faham..cewah terus ‘abang’ tu *muntah..

Dan..dah rutin kot sejak 2 bulan ni, kalau time dinner, mesti tanya Puan Nunu luh nak makan apa..so far takde la unik sangat permintaannya..dan semalam, tekak dia nak merasa nasi goreng+telur dadar yang aku masak sendiri..phewww..ok gak, takyah keluar malam ni..

Pejam celik pejam celik..dalam 30minit setel untuk hidangan kami berdua. Wah cam terer je kan. Bolehlah, sebab dah ada pengalaman masak sendiri masa dok jepun 10tahun lepas..

 

JMR: amacam rasa, ok tak nasi ngan telur dadar tu?

Puan Nunu: Sedap, letak apa dalam telur ni?.nak tambah lagi!.

JMR: letak kasih sayang jer..

…….hilang penat sebulan aku kijer sebab kena puji ngan bini walaupun aku masak nasi goreng tu guna perencah adabi je, telur tu aku letak mayonis jepun punyer…..kihkihkih..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “Telur Dadar Kasih Sayang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *