December 13, 2024

Salam Aidilfitri 1433H

Ok, baru hari ni ada chance nak update lama sesawang yang dah bersawang ni. Biasalah, kat ofis, aku amik leave dari 17Ogos sampai 27 Ogos, kat sini 22 Ogos baru boleh beroperasi seperti biasa..hormat hari raya ma…hehehe..

Jadi, dikesempatan ini, aku sebagai owner laman sesawang ni, menyusun 10 jari memohon maaf atas segala keterlanjuran dalam penulisan yang merapu meraban di sini seandainya ada kata-kata aku yang mengguris hati korang wahai rakan-rakan di alam nyata dan maya, rakan-rakan blogger, reader/silentreader jmr23.com dan sesiapa saja yang mengenali diri ini. Alasan stended, biasalah, kitakan manusia biasa, pasti ada kekurangan dan kekhilafan..iye idok? Jadi, ampunkanlah ajo ye, yang terhutang dan terlupa bayar tu, kalau rasa taknak tuntut, afdalnya diHALALkan ajer ye..hehehe..

 

Beza raya tahun ni dengan tahun lepas?..of koslah tahun ni beraya dengan Puan Nunu. Kalau tahun lepas, pagi-pagi raya, leh sms-sms je, tahun ni boleh bersalam-salaman bermaafan depan-depan dan solat aidilfitri bersama. Pfff pengalam baru ma..kena coretkan lebih detail ni nanti..insyaAllah tahun depan bertiga pula..weee~

Tapi dalam famili aku, rasanya yang paling hepi raya tahun ni adalah umi dan ayah. Sebabnya malam sebelum hari raya, adik lelaki aku yang berada di Jepun dan tak dapat pulang berhari raya di Terengganu, telah selamat menimang cahaya mata puteri sulung. Tahniah buat Fayu&Sikin..

 

” Hi korang..nama saya Amanda Qaisara..umur baru masuk 24jam nih..Selamat Hari Raya!.”

Akhirul kata,rasanya masih tak terlambat kan?..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433H. MAAF ZAHIR BATIN.

Jadikan hari raya tahun ini memberi 1001 makna kepada korang sumer. Sesapa ada sekitar Besut ni, jemputlah datang beraya kat rumah~

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “Salam Aidilfitri 1433H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *