July 5, 2020

Rumah makin wangi.

Korang pernah tak, lepas goreng ikan ke ayam ke, bau tu melekat satu rumah. Lagi best, yang ko goreng tu, terhangus. Dari dapur membawak ke ruang tamu, aroma ikan hangus segar melekat 2, 3 ketika..

Itu satu hal.

Belum lagi dengan baju kerja dan stokin laki bini yang diperap sempurna, nak tunggu hujung minggu untu dibasuh.  Laki bini kerja, masa memang suntuk untuk aktiviti membasuh. Jarang hari bekerja ada masa lebih untuk membasuh, nak layan anak, berasmara-dana pun cukup-cukup masa je. hahaha..

Jawabnya, sometime ada bau A, sometime ada bau B..sometime ada bau A+B..pendek kata, ada macam-macam bau. Tapi takde la sampai bau longkang! hahaha..

Kata orang, bila ada bermacam bau yang kurang menyenangkan ni, bau hangat asmara pun turut berkurang. Tang mana bau hangat asmara tu aku kurang pasti. Biasanya, masa mula-mula bercinta, bau kentut pun wangi. Tapi lama-lama, kentut tak sempat keluar, 2 meter dah boleh bau..haa lebih kurang macam tu la..minta dijauhi la semua tu kan..

Mujur ada koleksi terbaru MoodTherapy Ambi Pur. MoodTherapy ni berupaya menghilangkan bau yang tidak diingini dan menghangatkan semula rasa asmara di rumah, terutama untuk pasangan yang sibuk 24/7.

Pergh, bunyi macam Doktor Cinta atau bomoh pengasih kan!

Bukan bermakna kami tak perlu basuh baju. Takde makna aku nak kena sembur MoodTherapy ni kat badan setiap hari sebulan keluar rumah tetiap hari. Cukup sekadar aku hanya sembur sedikit wangian MoodTherapy ini di dalam rumah, secara automatik, mood korang akan berubah. Persekitaran yang lebih harum akan lebih menggembirakan, menenangkan deria dan menghangatkan rasa cinta terhadap pasangan korang. Percayalah!

 

Pilihan keluarga JMR- Ambi Pur Love’s Bouquet

Wangian ini  mengingatkan kami kepada cahaya lilin dan haruman bunga yang mengasyikkan. Indah. Jangan tanya camana. Memang tak dapat dilihat atau rasa, tapi aku tahu ia ada. Nak tahu macam, kena cari satu set Ambi Pur Love’s Bouquet ni la kan.

Ececece…syok woo, sebelum keluar gi ofis, sembur 2,3 kali..kang bali petang, rasa wangi Love’s Bouquet tu masih ada.

Selain varian Love’s Bouquet, ada juga varian seperti;

Relax & Unwind mengundang korang ke dalam taman di mana korang boleh berehat sambil menikmati secawan teh herba.

Splash of Revival pula membawa korang memasuki hutan hijau dan beristirehat di bawah teduhan pohon-pohon besar sambil menikmati tiupan angin.

Setiap varian ini boleh didapati dalam bentuk Febreze Fabric Freshener (RM11.90), Ambi Pur Set & Refresh (RM18.50), Ambi Pur Air Effects (RM19.90) and Ambi Pur Gel Fresh (RM9.90).

..apa lagi, jangan biarkan rumah korang dipenuhi dengan macam-macam bau! Jom hangatkan semula asrama di rumah!

..done. Nak gi sembur Love’s Bouquet dalam bilik tidur lak…esok malam Jumaat kan!

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

16 thoughts on “Rumah makin wangi.

  1. saya pun pilih ambi pur bouquet.. bau dia kemain semerbak.. biasa saya sembur dalam pukul 9 pagi, lepas encik suami pergi kerja.. nak masuk tido dalam jam 11 malam.. bau masih melekat lagik.. hee~ tapi.. nak sembur kena sorok2.. nampak dek anak2.. mau berpesta la dorng.. sebotol tu bertahan sehari jek la gamak nye..

  2. saya pun pilih ambi pur bouquet.. memang semerbak.. saya biasa sembur lepas suami pergi kerja dalam jam 9 pagi.. nak tido malam.. dalam pukul 11 malam.. bau dia segar lagik.. memang syok ah.. tapi tiap kali nak sembur, kena sorok2.. kalau x, dapat dek anak.. jadik pesta.. sebotol mau bertahan sehari.. hee~

  3. Dulu selalu gak guna air freshner ni. Tp sejak dah beranak pinak ni pulak mcm dah tak dapat cium bau wangi sangat. Kena cari pewangi ambi pur ni nanti. Thanks ya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *