August 11, 2020

Mencari ‘rasa’ Aidilfitri..

Sudah menjadi adat pekerja makan gaji, di sektor swasta lak tu, dah tu bertuankan yang bukan seagama dan sebangsa, lagi la ‘seksa’ dalam pencarian aku mencari erti rasa Aidilfitri..

Tapi tetap bersyukur dengan segala kurniaan daripada-Nya..tetap bersyukur kerana masih mampu menggunakan tulang empat kerat berteraskan akal&minda yang well-function..tetap bersyukur kerana even di bulan puasa pun, masih mampu mengadap report segala bagai+meeting yang tak berkesudahan+kerja di site yang kepanasan, outstation di saat genting+berbuka dgn air kosong+kerenah birokrasi orang atasan..fuhh..kalau nak ‘mengadu’ kat sini, memang tak raya la aku tahun nih!

 

HAZOP meeting@MLNG Bintulu di bulan puasa, dari jam 9.00 pagi sampai 4.00petang..

Apa la sangat dibandingkan dengan mereka yang terpaksa bekerja di bawah mentari terik dari pagi sampai ke petang, menahan lapar dan dahaga demi sesyuap nasik..kan?.sujud syukur padaMu yang Allah…

InsyaAllah, sampai masa akan terasa juga ‘rasa’ Aidilfitri itu…

**selagi tak setel kerja yang patut setel, selagi tu mood raya masih belum sampai..rasanya esok ni dah boleh setel sumer kot..sabar sabar…hehehehe

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “Mencari ‘rasa’ Aidilfitri..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *