December 3, 2020

Pearl Drops si pemutih gigi

Hujung minggu lepas, dalam berjalan-jalan mencari barang dapur di Giant, chewah barang dapur tu. Yela, maggi goreng, maggi kari, roti, kicap, cili sos, sosej, telur pon barang dapur per. Dapur bujang, stended le kan..kihkih..

Sempat gak aku singgah di Guardian jap. Niat nak beli pemutih gigi memang dah lama, tapi masa tu rasa macam tak perlu lagi, takde orang nak pandang je. Tetiba minggu ni rasa cam ‘Ahhh! sudah terlewat!!‘..nak tak nak, beli le gak walaupun harganya agak mengghairahkan, RM27!

 

Pearl Drops..macam clorox pon ada gak eh..katanya dalam masa 3 minggu, pengguna akan teruja dengan kaler gigi sendiri! Nak tak nak, aku kena percaya dan yakin gak ngan produk kali nih.

 

Aku bukan smoker. Tapi aku peminum tegar nescafe, takpon kopi, takpon cappucino, takpon ikut nafsu semasa mengorder air berkafein la kan. Dan kesan khasnya, untuk masa sekarang ni, mengikut KPI naked eyes aku, kaler gigi aku berada di tahap 5. Dalam masa seminggu, aku bertekad untuk mendapat sekurang-kurang tahap 2..grrr..kalau tak, banyak aku nak kena edit sendiri gambar-gambar aku nanti! Dem..

* first time guna, pastu tengok cermin, tetiba terasa cam shiny blink-blink gigi aku..oh psycho tol!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

11 thoughts on “Pearl Drops si pemutih gigi

  1. kalo ko dah beli pemutih gigi, misi aku ialah mencari spek itam untuk menghadiri majlis ko nanti…. he he….. tak tahan silau bro!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *