Pernah pergi One Utama? Ada yang pernah, ada yang tak pernah, ada yang jarang-jarang, dan ada yang selalu pergi. Since penempatan aku di Damansara, ke One Utama adalah rutin mingguan aku. Nak menempuh jem tak hengat ke bandaraya Kuala Lumpur, ada menjadi destinasi yang selalu aku elakkan. Dah tu, kebanyakan tempat di Kuala Lumpur, dia nyer rate parking, astaga, leh beli 4 bungkus air katira tu wat berbuka tu..
Salah satu sebab kenapa aku suka ke 1U ni, adalah sebab rate parking yang lebih murah sebelum nih. RM1 untuk 4 jam. Ok la kan untuk masa menonton wayang, shopping sikit-sikit, lagi pon ko cakap nak cari apa kat sini, kat sini macam-macam ada, tu yang best tu.
Kemarinkan cuti sempena Nuzul Quran untuk mereka yang bekerja di Selangor dan dua tiga negeri lagi kan, tak termasuk KL. Sian warga KL. Jadi, aku amik kesempatan ni ke 1U untuk mencari ‘barang baik’ aku. Sebenarnya bukan selalu aku nak spend money yang tak beragak, selalunya aku yang teman orang shopping-mopping nih.Noktah..
Abaikan cerita shopping-mopping untuk episod kali nih. Skip terus ke apa yang aku dapat, kesan daripada shopping itu. Sapa cakap shopping ni selalu memberi kesan buruk, ada kesan baik jugak kot..
Untuk episod kali, lepas perabes dengan jumlah lebih kurang 4 digit, staff 1U mengofferkan application One Card secara percuma. Banyak benefits bila ko apply kad nih. Lain-lain pekdah, boleh check kat website diorang : http://onecard.com.my/..tapi yang aku tahu, lepas 1 September ni, rate parking One Utama akan naik RM1. Kalau guna One Card ni, charge still sama dan takyah nak menyemak kat AutoPay Machine. (Paham-paham je lah sesak dia camner, nak-nak pas abes midnite movie.) Dah tu, siap leh dapat Preferred Parking. Woo ini sangat berguna, nak-nak bila time orang serbu 1U ataupun time JCard Day. Giler susah nak dapat parking siott…tt…ttt…..
Bila dah dapat offer free application, terus mencari kaunter yang tak crowded weih. Yang kat centre tu, jangan haraplah aku nak sabar menunggu. Terus aku ke Old Wings yang sangat lengang. Agak bangang kalo menunggu lama-lama kat kaunter di centre area tu. Hidup kena bijak okkey. Lepas menunggu 10minit, ko pass je IC, then kakak masam ni akan key in segala details ko. Ko boleh pilih corak design kad yang korang nak. Sekejap je, kentut pon tak sempat hilang bau…
Sain mahal tu dowh..jangan nak kutuk-kutuk. Puasa nih..
Tara…satu One Card untuk aku. F.O.C okkey. Corak tu sangat feminen kot, bukan aku yang pilih. Tak silap aku untuk pembelian paling minimum RM200, korang akan dapat free application. Kalau tak, kena bayar RM10 untuk setahun, dan RM30 untuk 3tahun. Ok wat..selain untuk parking, korang leh gunakan One Card ni macam korang nyer debit card. Janji topupkan kad ni di mesin-mesin Autopay terplih dengan jumlah masyuk yang korang nak, then berbelanjalah di kedai-kedai yang terpilih. Shopping sampai lebam, takde sapa pon nak marah kan..Wah gitu…
Pasni aku dah tak payah nak beratur bayar tiket segala bagai, apa barang do..Dan lebih senang untuk beristirehat kat The Club Bandar Utama sambil cuci mata..wahhh..
Oh ye, pesanan untuk cik Nunu, “tak jadi la nak kasi pinjam kad ni, tertopup lebih la plak, bahaya kalau u pegang…”….hahahahah..
Yey, hari ni hari Jumaat dah!!
dah lama tak ke OU… selalu kalu gi damansara singgah IKEA jer… huhuhuh
Adeiii…saya pun jarang ke sana..jauhhhhhh sesangattt….:)
da 24 jam ni.. agak2 bile plk i leh pgg kad tu..?
uish.. kalo i ada kad ni.. makin sakanlah i shoping.. hehe..
eb baik duk ganu,,kalau tak, da lama buat..pandai ek prome, pnh jadik promoter ek…kikiki