September 29, 2020

Apa itu FINGERBOARD?

Aku ingat lagi masih darjah 3 kat Sekolah Rendah Tengku Mahmud luh, pantang je masa cikgu tukar shift, mesti join battle, lawan getah, takpon lawan pemadam.  Getah yang bungkus nasi tu, main tolak-tolak ngan jari. Sapa leh pijak getah satu lagi, ko leh rampas getah pihak lawan. Getah tu lak kutip tepi longkang kat kantin je, pemadam lak leh beli, 20 sen seketul. Masing-masing nak jadi taiko harian. Dah macam kalo ada selonggok pemadam ngan getah tu, dah boleh buat beli baju melayu nak raya, siap yang ada sampin ada getah kat belakang tu.

Tu dulu, 20 tahun yang lalu. Sekarang dah susah nak tengok tournament lawan pemadam kat sekolah. Yang taiko-taiko luh pon, dah veteran sekarang nih. Getah pon dah dipandang sepi.

Budak-budak sekarang ni dah tak main game-game kutip tepi longkang nih..paling busuk pon PS1, nak up sikit men PS3. Tu ok lagi, paling aku takleh blah, bila aku found out, budak-budak main skateboard ngan jari. Jatuh maruah mat-mat skate berkasut converse. Penat-penat diorang main guna kaki, sesedap hati diorang main guna jari..

Guna jari pon boleh..kahkahkah…

 

 

Skateboard yang dimainkan menggunakan jari a.k.a FingerBoard:-) nampak je cikai-cikai, RM100+ gak menatang nih. Tayar tu siap ada bearing kejadahnya sumer tu.

 

Base yang kaler putih tu bukan batu ke apa ek, itu adalah plasticware yang ko dapat kalo beli nasi ayam kat kedai.

 

See!! Guna jari je kalo nak wat skill-skill terbaik. kompon takde jatuh tergolek lah. Dan paling penting, nampak macam senang giler nak main, tapi haram..tak melekat pon menatang tu kat jari dowh..

Practice makes PERFECT!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “Apa itu FINGERBOARD?

  1. salam ramadhan..mula-mula ingat skate board rupanya bukan ek.
    Kamu selalu gi oversea tak hairan nak ambil gambar bebanyak.
    Tak mcm akak, dapat gi sekali ajer, tu psl ambik gambar bebanyak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *