September 26, 2020

Cuci The Musical Last Kopek…terbaik!

3 Mac 2012 : Istana Budaya.

Since 2 season sebelum ni memang aku pergi tengok, so untuk last kopek ni memang wajib la bagi aku. Masa dapat tiket ni, memang aku dah ekcited giler nak pergi. Yola kan, sapa taktao kehebatan team Cuci The Musical terbitan HansIsaac ni kan? Memang terbaik la!

 

Teater Cuci The Musical Last Kopek dimulakan dengan nyanyian Negaraku dan ucapan/ pesanan alu-aluan oleh Harith Iskandar. Well said, Harith Iskandar selaku pengarah, dalam keseriesan memberi ucapan pasti ada ayat-ayat lawak yang menghiburkan der.

 

Jalan cerita teater Cuci The Musical Last Kopek ni memang sama dengan dua musim sebelum nih. Tapi perbezaan paling ketara adalah pada lawak-lawak yang lebih segar mengikut perkembangan isu-isu semasa. Lawak tentang pisang, pengacara Nona, shuffle battle, Facebook Twitter, KFC bergaduh dan banyak lawak lagi secara spontan memang berjaya pecahkan perut penonton. Dan takde maknanya nak kontrol ayu/macho, masing-masing gelak kaw-kaw.

Betul la KPI daripada Hans Isaac, Cuci The Musical Last Kopek ni akan buatkan penonton gelak sekurang-kurangnya 20kali. Dem..setengah jam pertama, aku kira dah lebih dua puluh kali kot penonton gelak. Dan paling takleh tahan gak, masa babak Fairil(Afdlin Shauki) dok memberi kata-kata semangat kepada adik-adiknya(Jojo, C’Tan dan Khai), masa ni diorang sendiri takleh tahan gelak. Dan aku noticed diorang nyer dialog memang dah tak ikut skrip asal. Memang perform secara spontan tapi still berjaya hidupkan suasana lawak dan sedih! Afdlin Shauki, Awie, Nabil & Hans Isaac memang gabungan yang paling menjadi dalam dunia teater musikal!:-)

Malas aku nak citer panjang-panjang kat sini. Yang aku boleh bagitau, aku sangat-sangat rekemenkan korang pergi menonton Cuci The Musical Last Kopek nih. Series, sangat berbaloi-baloi dengan nilai tiket yang dibeli. Gelak sampai krem perut ngan lawak-lawak Afdlin, Nabil, Hans Isaac, Awie, Dina, Harun Salim Bachik, Douglas Lim, Reefa dan juga Vanidah Imran. Sampai ke pagi ni aku dok gelak-gelak bila teringatkan gaya kaki Douglas Lim(Wira)..hahahahah..

*sesapa yg dah tengok, pasti gelak sama kan…

 

Sesi signing autograph ngah para pelakon teater Cuci The Musical Last Kopek. Musim terakhir okkey, rugi sapa tak tengok.

 

Memandangkan ini musim yang terakhir, memang kena bergambar dengan bunting promo luh. Oh ye, teater ni akan berakhir pada 18 Mac 2012..ada masa lagi kalau korang nak beli tiket. Kalau beli lebih, bak aku sekeping dua. Tengok dua, tiga kali pon aku sanggup..kihkihk..

* Cuci The Musical dari musim pertama hingga Last Kopek ni memang feveret aku! Bukan takat feveret tapi ada kenangan terindah sebab hasil foto aku dipamerkan di lobi Istana Budaya. Kewl giler..*peluk tubuh, mata jeling ke atas..hahahaha..

 

Lakonan teater K.Vee dari musim pertama hingga terakhir memang maintain terbaik jugak!tetap dengan baju merah.. tapi tahun ni dah takde brooch bapak besar tu ek?:-p

Tenkiu so much Cik Nunu sebab bagi surprise tiket Cuci The Musical Last Kopek nih!

SELAMAT MENONTON!

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “Cuci The Musical Last Kopek…terbaik!

  1. Ada kelainan + kureng ckit compare ngan 1 & 2 teater yang lepas
    but still do a good job. satisfies coz i get the ticket free.. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *