October 2, 2020

SECURIFORCE hempap teksi&motor : Berpantang maut sebelum ajal

Lihat gambar di atas, pasti terkejut & tertanya-tanya apa nasib pemandu teksi yang dihempap lori Securiforce yang pasti lebih daripada 5tan, aku tak pasti berapa berat lori tu. Kejadian berlaku kira-kira jam 10.35pagi di jalan berdekatan Dataran Merdeka menuju ke Jalan Pudu. Puncanya, bahagian atas lori Securiforce melebihi had ketinggian yang ditetapkan untuk melalui laluan bawah flyover, menyebabkan lori tersebut berada di luar kawalan dan terbalik menghempap teksi & sebuah motosikal.
Anak panah pink menunjukkan sebuah motosikal total lost dihempap lori tersebut.
Nasib masih menyebelahi pemandu teksi dan juga penumpang. Disebabkan divider kat tepi jalan itulah yang menahan lori Securiforce tu daripada terus menghempap diorang. Series, aku rasa kalau takde benteng tu, lenyek diorang kena hempap kot. Aku tengok penumpang berbangsa Arab tu meggigil semacam je, mungkin tak percaya yang dia still alive kot. Dan pasti, kejadian ini adalah kenangan yang paling pahit dia sewaktu di Malaysia.
Inilah pemandu teksi tersebut. Tak putus-putus bibir beliau mengucapkan kata syukur pada Illahi sambil dok bercerita balik saat-saat kejadian. Hanya abang ni kesal, pemandu lori Securiforce itu tidak sedikit pon membantu dia keluar daripada teksi tu, tapi terus melarikan diri. Memang takde sikap bertanggungjawab langsung. 
Inilah yang dikatakan ‘Berpantang maut sebelum ajal..’ Biar seteruk mana pon malang yang menimpa, tapi selagi takdir menetapkan yang kita berhak untuk terus bernafas, hargailah ia Mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sebalik semua yang berlaku.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

18 thoughts on “SECURIFORCE hempap teksi&motor : Berpantang maut sebelum ajal

  1. bro!
    cgg pun buat entri ni tapi jarak jauh..
    opis cgg kat bank rakyat..
    kamu tgk dekat ye??

    mmg ngeri tadi..
    cian driver taxi..

    pinjam satu pic ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *