What a hectic week, last week!
Ini mukadimmah aku selepas dua hari tak sempat nak curi masa di antara celah-celah masa aku yang sangat mabeles best dia. Huh! Burn weekend aku semalam sebab kena masuk site untuk installation..best giler okkey kije di hari minggu..ngalahkan bangla je…sekian mukadimah untuk menyampaikan rasa tidak puas hati..kahkahk..
Mr E.C Koh, trainer yang sempoi..slang bahasa dia dah macam Johan RL cakap bahasa dalam slang chinese.
Assalamulaikum&salam pagi Isnin..amacam pagi Isnin minggu nih?
InsyaAllah minggu ni masa aku agak free. So, takde blues sangat untuk pagi Isnin minggu nih. Hidup kena rileks. Rilek sangat, lebih-lebih lagi minggu ni aku dapat invi untuk prescreening dari Nuffnang, movie The Thing. Kompom aku pergi, best tak best, itu belakang citer..
Last week aku ada attend satu training untuk actuator. Pedulikkan tentang apa itu actuator, just terpikir pasal apa ke pekdahnya hadiri training seharian suntuk..menadah telinga untuk beberapa jam..kahkahkah..tajuk pemikiran cam tak puas hati gak bunyinyer tu..
Dah lama tak masuk lecture. Lupa dah nak control ngantuk macamana.
Ada sorang senior aku pernah cakap, ‘..graduate skang ni, belajar tinggi-tinggi pon, baru masuk kompeni pon, akan start dengan zero gak..kalu still nak kije bersuap, takkan kemana gak..’ Pikir-pikir balik, ada betulnya gak dengan pendapat senior aku nih. Grad dengan 4flat pon, belum tentu ko masuk satu kompeni ni, ko akan masih dapat skor tinggi untuk bonus ko. Nak-nak fresh graduate skang ni, ramai yang sangat berbangga dengan kelulusan yang diperolehi, walhal experience 1% pon takde.
Kalau gini gayanya, memang lentoq semacam je la kan..kahkah
Dan ramai gak yang pantang diajar dan juga ditegur. Sepatutnya, sebagai staff baru, sikap rendah diri perlu ada, dan kalau konpiusnya sesuatu benda, tanyalah. Tak perlulah nak buat-buat tahu dan malu untuk mengaku yang kita ni tak tahu. Pesanan untuk semua dan diri sendiri juga..
Situasi selepas lunch hour. Nampak gayanya memang tak efektif la training yang menyajikan makanan yang sedap.
Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata sifoo aku ” Jangan bermegah dengan title yang kita ada ada. Biar orang lain yang gunakan title itu untuk kita, bukan kita yang menggelarkan diri sendiri dengan title itu..”
Penat weih nak sain satu-satu..copy paste boleh?.kahkahkah..
**tahniah untuk member-member yang berconvocation sekarang nih! Dan selamat menempuhi alam bekerja..kerja la sampai lebam!
nak minta sponsor handbag 1, perfum 1, n kasut 1 leh..?? hehe..
dah lama aku tak masuk ceramah.. hahhhaaa
tetiap thn tgk org konvo kompem menggamit memori..huhu
Tp….mak nk megah jugak dgn title ‘PUAN” dipangkal nama mak tu. Voley?? Hahahaha..