December 2, 2020

April..naik pangkat lagi..

Tup tup 2 April dah nak sampai ke penghujungnya..lately ni, terasa masa berlalu dengan pantas sekali. Mungkin sebab sibuk dengan komitmen di ofis dan di rumah. Sejak 1 April, aku memang dah request untuk tidak involve dengan mana-mana project di luar kawasan. Sebab doktor yang selalu checkup Puan Nunu dah pesan awal-awal, even due date antara 16hb ke 22hb April, tapi kemungkinan kelahiran awal 2/3minggu boleh terjadi. So, daripada aku dok kelam kabut, better dok bertenang di ofis dan spend masa bersama setiap malam..hehehe..

..naik pangkat? Owh..ni pangkat lain..kalau tahun lepas aku berjaya menjawat jawatan ‘SUAMI’, tahun ni, insyaAllah akan menjawat pangkat ‘BAPA’..sooner or later..tak lama dah..

Semoga Allah swt terus memberkati dan memberi kekuatan kepadaku untuk meneruskan langkah-langkah kehidupan..pangkat di dunia adalah tanggungjawab di akhirat kelak..

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “April..naik pangkat lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *