November 27, 2020

Burp @ Bubba Gump

Bubba Gump adalah tidak bersamaan dengan bubble gump, walaupun sekali dengar, memang sama. Ni first time aku singgah ke Bubba Gump, cawangan e@Curve, sebelah ngan Pappa Rich.

 

Shrimp Co sebab asas makanan kepada Bubba Gump adalah shrimp, kot..Tapi aku tengok menu, udang takdelah banyak sangat, yang ada pon, ala-ala snack gitu. Deko dalam Bubba Gump ni aku suka. Berkonsepkan filem Forrest’s Run Gump yang meletup suatu ketika dahulu. Kalau korang tak tahu cerita ni, tu aku tak tahu la nak cakap pe kan..kahkah..

 

See..atas meja pon ada bat pingpong kan. Agaknya untuk apa ek? Nak kata lalat banyak, cam takde sekor pon, bersih lagi tu. Pedulik, janji kita order luh. Oh ye, kat sini, kalau nak order menu, tak perlu shuwit-shuwit atau angkat tangan, cukup ko belekkan menatang plat number ke kaler merah,dia tulis “Stop, Forrest, Stop“. Automatik, waiter akan bergegas ke tempat ko. Kalau taknak order, atau just nak ushar awek lalu-lalang kat situ, biarkan plat tu ngan kaler biru yang state, ” Run Forrest Run“. Motif??Ntah ler..

Since aku berdua je ngan Cik Nunu, kami order dua set main menu, air Blueberry smoothies ngan 1 Onion Ring, ala-ala pembuka selera..hahaha..ni bukan pembuka selera dah ni, tapi pelahap selera nih..

 

Onion Ring!! Nyummy..ni lagi sedap kot daripada tempat lain. Besar-besar lak tu, sebesar penumbuk Cik Nunu lak tu. Agak-agak bosan, leh amik satu, undur jauh-jauh sikit daripada meja tu, then try baling masuk ke batang besi tu. Then, kiralah, banyak mana yang ko berjaya masukkan. Sounds good kan??..

 

Yang ni set Chicken Fingers yang Cik Nunu order. Chicken finger eh, eh jari-jemari ayam ek? Ayam apa yang besar sangat jarinya ni ek? Dah musykil dah nih.

 

Suko bebenor main ngan menatang tu. Siap buat kipas mamat ensem kat sebelah dia lagi ek. Iskh iskh iskh..tunang sapa lah nih kan..

 

Tara!!!…menu aku lak ni. Crazy Cajun Chicken..hmm ayam masak apa ni ek kalau dalam bahasa? dem..aku tak reti nak translate dah. Tapi series, grilled chicken ni sangat terbaik ngan sos kuning tu..erk sos apa ek. Aku main telan je, tambah-tambah tengah kebulur tak makan lunch dan ini lak sangat sedap untuk anak tekak aku. Kalau kira kuantiti, aku rasa aku makan dua plate chicken chop kat HR steakhouse..fuhhh..

 

Kan aku dah cakap. Bawang tu besar giler. Saiz XXL kot. Tengok tu, dua ring dah aku berjaya masukkan, dapat collect dua point..

 

Bayangkan kalau sebesar ni penumbuk Cik Nunu, maut ni kalau kena tepat kat muka nih..hahahah..tak jadi ar aku nak bayangkan. dem..

 

aikk..tambah menu lagi ke ni? gambar kat atas dah licin, yang ni penuh balik. Apa kes?? Well, this is Bubba Gump. Servis memang pantas dan cekap. Waitress pon leh jadi photographer. Alang-alang dah hantar makanan, aku mintak tolong sekali snap gambar kitorang. Bersungguh-sungguh minah afrika tu mencuba shot angle yang terbaik.

Sejak tukar status ni, susah lak nak melepak selalu akibat komitmen kije. So, bila sekali amik gambar gini, macam..hmm..macam apa ek..macam shuwiittttt lak kan..kahkahkahkah..

Sebagai penutup entri ni, Burpppp!!! Alhamdulillah.….sekian, terima kasih~

Bubba Gump Shrimp
Lot 145, First Floor
The Curve
Jalan PJU 7/3
Mutiara Damansara
Petaling Jaya

Tel No: 03 -7710 9862/63

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

10 thoughts on “Burp @ Bubba Gump

  1. Pingback: Am I a romantic guy? |
  2. Nanti leh lanje mak plak lepak2 kat sini yek JMR yek..kita hangkut sekali mama aini aka omak mertua in future tu nnt. Ekekekeke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *