November 27, 2020

Suami alahan ketika isteri hamil?

Pergh tajuk tak boleh blah kot tu. Tetiba semalam terasa gatal tangan nak menggoogle kelogikan tajuk tu, “suami alahan ketika isteri hamil?” Maksudnya di sini, bukan alahan untuk menyentuh atau mendekati si isteri, tapi alahan normal seperti saat-saat si isteri hamil eg: morning sickness, muntah-muntah, loya, krem kaki, pening-pening..

Ada korang yang pernah rasai pengalaman sebegini atau mungkin pernah dengar pengalaman kawan-kawan?

Nak percaya, susah gak kalau takde bukti daripada kajian saintifik kan. Logiknya, suami isteri tidak mempunyai perkaitan jenis darah atau genetik keturunan..

Tak nak percaya pun, takleh gak..sebab aku pernah dengar cerita pasal si suami yang terkena alahan teruk, sampaikan memang lembik&tak larat nak bangun, flatt terus ok. Ada gak yang cakap, ada si suami berdoa memohon dipindahkan sakit lelah si isteri mengandung kepadanya, dan dimakbulkan oleh-Nya..itu semua kerja Allah swt…

Aku? So far so good..cuma masa sebelum Puan Nunu disahkan hamil, masa tu bulan puasa last year, ย elok je nak masuk tengah hari, tetiba kepala aku dah macam pening semacam, tekak dah loya semacam, seram sejuk macam nak demam, dan natijahnya, aku muntah teruk dan puasa aku off secara automatiknya..lembik sampai ke malam walhal masa sahur elok je makan nasi putih ngan telur goreng bubuh kicap..perghh..

Bila diceritakan kepada sedara yang lebih veteran, ada mulut-mulut masin cakap kes aku tu disebabkan sindrom pembawakan ‘budak’..betul-betul masin mulut diorang ni, ujian HCG pertama kali memang positif..tapi untuk sehari tu je la aku muntah-muntah, then selepas tu ok je..

Sehinggalah Rabu lepas..situasi yang sama, tetiba je kepala rasa pening-pening, loya-loya dan memang muntah dengan meriahnya, siap keluar kot hidung lagi..dem..tak cukup dengan tu lagi, esoknya siap boleh krem kaki lagi. Lagi best membawa ke hari Khamis..selera makan memang out. Rasanya tak pernah lak aku doa mintak dipindahkan benda ni semua dari si isteri. Well, kerja Allah swt. Janji Puan Nunu takde muntah dan krem kaki pun dah syukur. Tapi aku tetap hepi sebab..er er er..sebab dapat MC la! Takkan sebab nak dapat anak lagi, yang ni pun belum keluar lagi..hahahah..

Betul ke tak betul pasal tajuk di atas tu, atau pun hanya kebetulan, itu tak penting. Yang penting, semua sihat dan selamat. Kalau betul terkena pun, alhamdulillah, at least boleh merasai sedikit apa yang dirasai oleh si isteri yang sarat membawa bakal zuriat kita kan..apalah sangat jika nak dibandingkan dengan pengorbanan si dia yang 24/7 membawa kandungan tu kan?

“Ya Allah, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.”

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

4 thoughts on “Suami alahan ketika isteri hamil?

  1. sama macam akulah dulu…bini aku cool je tapi aku yang kena alahan sebab memang aku doapun nak take over hehe

  2. ehem lain org lain kisahnya.. ๐Ÿ˜‰ siannya daddy JR pulak yg teruk alahan sampai skrg !! en is tu elok je waktu saya preg.aritu.. ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *