April 18, 2024

NISFU SYAABAN

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

CP daripada blog http://almizan.wordpress.com.

Seperti umum sedia maklum, pada malam Nisfu Syaaban ini, catatan amalan setahun sebelumnya akan digantikan dengan catitan baru untuk setahun berikutnya.

Ada yang mempersoalkan budaya membaca Yasin sebanyak 3 kali pada malam Nisfu Syaaban adalah bercanggahan dengan amalan Rasulullah saw dan sahabt-sahabat baginda. Pada pendapat aku, tidak salah menjadikan amalan membaca yasin pada malam Nisfu Syaab sebagai budaya sekiranya bacaannya betul dan tidak menyalahi nahu mahupun hukum bacaan. Dan menjadi lebih baik sekiranya amalan membaca yasin dapat dijadikan amalan harian. InsyaAllah.

** baru lepas tengok drama ZIARAH di TV3. Ada menyelitkan sedikit pasal Nisfu Syaban. Dan tahniah aku ucapkan kepada penulis skrip, pengarah dan penerbit kerana berjaya memakukan aku di depan TV sepanjang citer tu. Moral of the stories, setiap ayah pasti berbangga melihat kejayaan setiap anaknya, tapi apa yang lebih penting dan membuatkan mereka lebih berbangga ialah rezeki itu diperolehi adalah dengan cara  yang HALAL..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

6 thoughts on “NISFU SYAABAN

  1. ramadhan pun dah makin hampir..
    dup dap..
    dup dap…
    tak sabo nak tunggu ramadhan… cekau amalan banyak2dapat pahala berganda2. rugi ooo x rab [eluang keemasan ni. jutawan pahala… jom3 🙂

Leave a Reply to ArdiniHumaira Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *