September 30, 2020

JUVANA Episod Akhir

Aku pasti, malam ni ramai yang dok ngadap TV3 semata-mata nak melayan episod akhir JUVANA. Semua nak tahu, apa kesudahan citer si Daim dan Botak kan. Tgk trailer, masing-masing tertanya samada Cikgu Zakiah selamat atau pun tak selamat. Pelajar-pelajar Juvana lain pon, dah macam merusuh di Sekolah Wira Bakti tu jer.Aku pon terexcited sama nak tahu apa kesudahan Juvana, walaupun bukan tiap-tiap minggu aku sempat melayan drama Juvana nih.

Episod akhir menyaksikan kekejaman pihak warden Sekolah Wira Bakti. Gelaran ‘cikgu’ sudah tidak layak dipegang. Sanggup mengurung pelajar sendiri, songlap wang yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan sekolah dan mengasari guru perempuan yang juga rakan pekerja. Yang guard lak, dah tak macam pengawal, dah macam hanjing suruhan warden yang menjadi punca utama kekecohan di Sekolah WIra Bakti nih. Mereka sebagai pendidik, sepatutnya mendidik pesalah-pesalah juvana ke jalan yang benar  dan diterima oleh masyarakat. Geram tol aku ngan cara diorang nih. Harapnya, dalam dunia realiti, takdela kan warga-warga pendidik kita yang berperangai macam nih.

Yang bersalah, tetap bersalah. Yang benar, lambat-laun akan terbukti gak kebenarannya. Seperti kisah Daim yang akhirnya terbukti dia tidak bersalah atas tuduhan membunuh ibunya. Dan akhirnya, dia dibebaskan dari Pusat Tahanan Juvana, Sekolah Wira Bakti. Paling menyentuh hati, Daim kembali ke Sekolah Wira Bakti selepas 10tahun selepas dibebaskan sebagai tenaga pendidik di sekolah tersebut.

 

Bersama Daim di Wangsa Walk bukan di Sekolah Wira Bakti ye, takmo aku masuk sekolah tu. tapi kalo time merusuh fight ngan warden&guard tu, cam best gak kalo dapat berada di tempat kejadian.

psttt: kenapa ek, sepatutnya si Daim kena tikam, makin lama patutnya makin lemah, tapi aku tengok rilex je Daim nih. Mula-mula bukan main lagi terhincut-hincut, pastu rilex jer..kihkih..mungkin semangatnya bila melihat Cikgu Zakiah kot..:-p

Erm..korang rasa Juvana patut diteruskan dengan Juvana 2 atau Juvana The Movie tak???

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

10 thoughts on “JUVANA Episod Akhir

    1. BEST

      Tah kemane menghilang tibe2 muncul lak mak cik kentin bertanye ape dh jadi

      cikgu zakiah: nanti2 saye ceritekan

      Mak Cik Kentin: Ohhh ceritenye panjang lah ye… x pelah nanti2 kite cerite

      huhuhu

  1. t’baik la cite ni..dr td t’tanya2 gak y la daim ni tetbe je cm xda pe2.padahal tme kn tikam 2 cm dh sparuh nyawa..hahaha..
    Psss : sempat upenye amek pic ngn bf sy 2.. >.<

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *