December 14, 2024

PASSPORT YANG KETIGA

Opss..passport ketiga? Boleh ke selaku warganegara Malaysia yang sah memilik lebih daripada satu passport? Rasanya tak boleh kan. Ala, satu pon dah cukup, nak buat apa banyak-banyak lak kan. Lainlah kalo ko nak suka suki tukar identiti, hari ni gi Singapore guna nama Abu, minggu depan gi Siam guna nama Ali…motip? Aku pon tarak tahu..sebab aku tak pernah buat gitu lagi setakat ni, dan insyaAllah takkan buat sampai bila-bila..weee~

Tapi kali ni aku bukan nak bagitau pasal passport yang imigresen suka sangat nak check tiap kali korang nak ke oversea. Ni passport yang digunakan kat dalam Malaysia ajer. Eh, ad ke? Ada le..

Sebelum tu, aku nak bagitau luh, nak buat passport ni, makan satu hari dowh. Dari jam 8.30pagi semalam, aku dah kena ada kat sana. Kena sediakan duit RM250, salinan IC dengan sekeping gambar passport. Dah namanya passport, takkan nak gambar gaya bebas 4R lak kan? Mati akal apa…Dah setel urusan pendaftaran sumer, masuklah aku dalam theatre hall dan hadaplah muka penceramah sampai ke petang. Ngantuk giler dowh. Dahla jantan sumer, sorang bunga pob takde. Apa kes nih???? Pedulik, janji makan free. Melantak la sepuas korang nak, sumer dah dicover dalam RM250 tu. Not bad la lauk pauk di sini, janji puas…burpp….

Ni lunch aku semalam. FOC, amik la sebanyak mana ko nak hambek. Tapow pon boleh kot. Lepas kira-kira kalori, inilah diet terbaik aku untuk hari nih. Alhamdulillah..

 

Ni bukan calang-calang passport. 1st passport aku,  passport imigresen Malaysia, takde passport ni takleh kuar masuk mesia, seken passport yang OGSP(oil&gas safety passport), takde passport ni takleh kuar masuk plant onshore petronas, shell etc, dan yang ni bakal passport ke3 aku,  NTSP, TNB nyer. Takde passport ni, takleh masuk plant tnb. jawabnya dok ofiz manjang..simpang melekat 44..

Setel. Ceramah sampai ke petang dan last sesi, kena jawab test. Pass test tu baru leh dapat passport kali nih. Harap-harap pass..ko gile apa, sumer soklan dah tahu jawapan, kalo gagal lagi, sah ada orang nak sabotaj aku semalam..dem..

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

3 thoughts on “PASSPORT YANG KETIGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *