Tahun 1995
Geng-geng darjah enam masa sekolah rendah, semua budak darjah lain respek. Selaku senior, hari-hari aku seronok je merempit ke sekolah guna Mountain Bike. Dah pegang gelaran senior, tak manis la kalau nak ke sekolah pon ayah yang hantar. Dah tu, aku lak pegang jawatan pengawas, walaupun bukan Ketua Pengawas, tapi tetap menjadi intaian setiap pelajar kat sekolah aku tu. Oit, bukan sumer orang ada ciri-ciri nak jadi pemimpin ni, hanya pelajar yang layak je leh jadi pemimpin. dan sampai ke hari ni, aku masih belum tahu apa-apa ciri yang aku ada. Tak sempat nak tanya Cikgu Zaki. Malas nak pertikaikan & mendurhaka kat cikgu-cikgu ni sumer, janji pagi-pagi gi sekolah, leh pakai nektie, lambat sampai pon leh kawtim ngan geng pengawas lain, alah member-member kan, apa da kisah, lagi pon aku senior..
Hari hari aku hepi je ke sekolah.
Kecuali ada satu hari nih. Walaupun hari yang sama, Cikgu Hasnah ada bagitau periksa percubaan UPSR, aku skor sumer A, tapi aku takde feeling langsung, rasa bangga & riak memang tak melekat di hati langsung. Elok je sampai kat rumah, terus aku campak mountain bike pujaan hati hari -hari sebelum ni, tersembam kena tiang rumah. Pedulik. Aku nak cepat sampai bilik, nak tekup muka ngan bantal bucuk. Hati dan darah muda aku membuak-buak kepanasan..
Hati aku betul-betul pedih hari tu. Seluar aku tak tanggal, bukak baju je, tu pon sebab panas. Nak menangis, sambil tekup muka kat bantal. Semangat senior&pengawas yang beretika tinggi yang aku bina hilang entah ke mana. Amik cuti lettew. Aku belek-belek nektai merah, lambang kemegahan seorang pengawas sekolah, 5saat pastu aku campak ke dinding. Aku betul-betul lemah. Otak aku dah buntu, semangat jatidiri dan ego seorang lelaki hampir luluh. Aku pandang lak tagnama, ada tulis ‘pengawas’ ada muka aku saiz passport, kemarin aku tengok cam kacak gak, tapi hari ni aku tengok dah macam gampang. Aku campak gak sebelah nektai tu.
Panas betul hari tu aku rasa. Pedih hati seperti ditusuk pencil 2B yang baru digorek. Pedihhh..
Bila dah agak terkawal situasi, aku pelan-pelan melangkah ke dapur. Lapar dowh. Perut harus ditopup luh, baru leh kenang nasib. Ni prinsip aku sejak masuk Taski Abim..Setel je melantak apa yang ada kat dapur, aku baring depan tV. Tekan chenel TV1 sambil tunggu citer gaban jam 5 nanti. Biasa pas citer gaban, baru aku solat Asar..baru tenang sikit hati.
Masih terngiang-ngiang lagi di benak kepala aku nih.
” Mek Yah royak jange kiring sale ko dia. Dio dok suka. Dia royak mung dokk ensem. Dah tu skema lak. Dia royak lagi, dia suka tengok Kholid, sebab sangat comey..”
Kata-kata Ketua Pengawas aku, Taufiq memang macam syiall haktuih. Aku tengah makan nasi ayam feveret aku masa tu. Terus aku tinggalkan nasi ayam RM1.50 yang masih berbaki separuh tu. Rugi 75sen aku. Aku tarik nafas dalam-dalam. Sebagai pemimpin, harus aku tunjukkan sikap bertenang aku walau dalam keadaan gelora camana sekalipon. Tangan aku tak basuh, mulut aku tak sempat cuci, terus ke tandas laki..
Darah panas aku yang dah nak klimaks, kembali melonjak bila teringat muka babydoll Mek Yah. Besar kecik besar kecik je dalam imaginasi aku. Apa yang lebihnya Kholed berbanding aku. Memangla dia lagi comel, sebab dia lagi rendah, tapi Mek Yah tak tengok ke sapa yang lagi tough. Rambut Kholid belah tepi, rambut aku pacak pacak, tapi aku lak yang dapat title ‘skema’? tak faham. Dah la lagu Fiona dan AWAS pon dia takleh hafal. Tu belum bab si Kholid ni kaki bangku. ahh..malaslah aku citer pasal mamat ni nak sepak bola tapi gi rembat kaki referi. Atok aku pon kenal mana satu bola, mana satu kaki referi dowh. Apa pasal lak Mek Yah suka tengok Kholid nih. Kalau iyapon aku kurang comel, konsider la gak faktor-faktor lain yang aku lebih terer. Tu pon nak kena aku ajar gak ker???
Ego dan naluri senior yang aku ada makin menyusut. Lemah dah buntu gila bila orang yang aku berusaha nak ushar dengan cara yang bermacam-macam tidak menghargai hasil usaha aku. Siap kata aku skema lagi. Apa dia taktao ke maksud skema yang sebenarnya tu. Aku betul-betul takleh blah ngan titel tu. Dia tak buat kajian dulu ke jantan-jantan idaman gadis Besut? dem…
serabut..serabai..tensen..dem haktuih…
Ko nak aku buat macam mana lagi Mek Yah? aku berjawatan pengawas, aku femes, aku sportman, pergi sekolah naik mountain bike, budak darjah satu,dua respek aku, budak darjah enam sumer pandang tinggi, bijak matematik, uptodate, wakil sekolah dalam tournament catur, keputusan percubaan UPSR aku maveles, ahli pengakap wakil sekolah ke jambori kebangsaan, pendek kata, semua orang kenal nama aku. Tapi masa tu aku tak guna nama JMR lagi, guna nama ‘DIN’ je, cam kiut-kiut je kan dengar gak. Tapi ada Mek Yah pandang? Susah tol nak terima hakikat gampang macam ni..
Elok je ngah merenung nasib, ntah bila aku tak sedar, aku terlelap, terlepas citer gaban feveret aku. Dah la terlepas episod gaban kali ni, bangun-bangun dari tidur petang, aku masih lagi tak dapat nak menerima hakikat yang Mek Yah tak fall in love langsung ngan aku. Sangat cilakak. Masa ni baru faham perkataan Bahasa Inggeris, LOSER, sangat sesuai digunakan ketika ini. Chibai tol..
#
Episod kecewa masa darjah enam tidak berakhir di situ. Masuk sekolah menengah, berulang lagi, membawa ke zaman uni. Cuma watak heroin tu jadi watak orang lain ler. Alasan kena rejek, tetap alasan sama gak, tak comel. Apa pelik sangat taste nak lelaki comel nih? ahh..malas lah aku nak panjang-panjangkn citer yang menyakitkan jiwa nih….
* aku ada penah citer kenangan ni kat awek Kg Idaman ritu:
” Seb baik ada orang macam i ni kan….” katanya kepada aku sambil jeling-jeling henbeg GUESS kat butik guess OU. Lain macam je jelingan tu.
Baik aku tukar topik awal-awal. Situasi makin meruncing nih……….
rekaan semata-mata la..kihkihki
yg penting hati budi..tp kdg2 terasa gk cam sy ni pon comel gk…hahaha
ke ko pernah jual mahal kat dia dulu… tu yang Mek Yah rejek ko? Cuba ko flash back
takleh flash back dh kot..memory lost..:-p
hahaha..mak nk berkenalan dgn DIN tu buleh?
boleh2…*malu la..:-p
mama simpati ngan nasib `DIN` !!! kesiannya dia…hikk..hikk..
tu DIN, kisah lama la mama..skang ni JMR..heheheh
hehehe..cian ko yerkkk..maybe ko kena pkai baju cop gaban dlu bru durang kata comel.. :p
dan nek motor gaban ek..chare gk tu..kihkih
yg tang gna nma ‘DIN’ tu i x di beritahu.. hehe.. ;p
lupa lak..terskip..hehehe