March 28, 2024

KL Gangster cecah RM1.5juta untuk hari pertama tayangan

Ada sesapa yang dah tengok KL Gangster yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang ni? Kalau belum, cepat-cepat gi beli tiket, dengar citer, hari pertama tayangan semalam, sumer tiket sold out. Seken day ni pon dengarnya macam goreng pisang panas. Seb baik aku dah tengok awal-awal lagi, sila Review KL Gangster di sini.

Tak sia-sia kalau ada sesapa tanya aku sebelum ni, aku memang highly recommended untuk korang tengok di pawagam KL Gangster nih. Semalam dah terbukti kan, ikut sumber-sumber, RM1.5 juta berjaya dikutip untuk hari pertama tayangan. Satu rekod baru untuk filem melayu, syabas kepada team produksi KL Gangster.

Tapi yang tak sedap didengar tu, ada yang cakap satu pihak mahu menyaman Tuan Direktor akibat skrip yang dikatakan membongkar kod-kod rahsia untuk geng mereka. Sedih lak aku dengar. Sama bangsa lak tu. Rasanya, gangster dalam KL Gangster ni bukan hanya gangster untuk satu bangsa je, gangster bangsa lain pon terlibat sama gak kan. Kenapa bangsa sendiri yang mahu menghentam sama sendiri? Atau memang lumrah ‘orang aku‘ yang panas bontotnya bila melihat kejayaan saudara sendiri? Oh oh oh…

Pape pon, elok la bawa berbincang luh. Tak salah pon, KL Gangster SKOP dok satu meja berbincang ngan KL Gangster CELOP…*peace!!

” lu kasi gua mati dulu la baru gua diam”

 

* to botak : menyalaklah cara yang berhemah..(ni takde kaitan ngan KLG)..

 

 

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “KL Gangster cecah RM1.5juta untuk hari pertama tayangan

  1. aku minat filem romatik komedi jer, misteri.. kecuali Fast5… hehehe
    KL Gangster tolak kat husband aku, mungkin laku 🙂

  2. aha..ok ke filem ni?..nampak mcm ganas je !!!…tapi dah ada orang nak saman ..pengarahnya dan david teo juga !!!…tahniah 1 hari dah dpt 1.5 juta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *