September 30, 2020

GEMPABUMI : KOTARAYAKU BERGEGAR

“Kasi gegar sama itu KL”..agak gerun dengarnya kan kalo chif gangster bagi arahan sebegitu. Tapi..

Kalau arahan sebegitu dikeluarkan oleh Yang Maha Besar, agak-agak level gerun langit yang ke berapa ek? Sejak akhir-akhir ni banyak sangat berlaku gegaran di beberapa buah negara utama dunia. Mengapa dan kenapa? Adakah bumi marahkan kemusnahan yang dilakukan oleh penduduknya dalam sedar atau tidak sedar?

Terbaru, beberapa spot di sekitar KL, Damansara, Petaling Jaya dan Putrajaya dikejutkan dengan gegaran susulan yang berpusat di Pergunungan Sumatera pada skal 5.3 pada jam 8.08pagi. Bagi mereka yang berada di dalam bangunan, pasti sedar&merasai gegaran ini, dan bagi mereka yang ngah memandu, mesti rilex je stay tune kat HotFM sebab Siti Nurhaliza ada kat studio kan pagi tadi? hehehe..

So far, tiada kejadian buruk dilaporkan berlaku akibat gegaran susulan tersebut. Alhamdulillah..

Kat sini aku nak kongsi tips-tips atau tindakan segera yang HARUS dilakukan bila berlaku gempa bumi. Ni series nih..

1- Sekiranya pada waktu kejadian korang berada di dalam rumah/bangunan, dengar kadar segera cari tempat perlindungan daripada dihempap objek-objek yang terjatuh. Contohnya, segera berlindung di bawah meja kalau muat, kalau tak muat sebolehnya masuk bawah katil. Untuk lebih afdal, selamatkan diri keluar daripada rumah atau bangunan tinggi, jangan terjun ikut tingkap lak, dan juga sebolehnya tidak menggunakan  lif, guna tangga sudeh..leh keluarkan peluh juga.

2- Sekiranya pada waktu kejadian korang berada di luar rumah/bangunan, lindungi kepala anda dengan apa-apa yang patut, seperti handbeg, kepingan kayu. Sebolehnya jangan berada berdekatan dengan bangunan tinggi, dikhuatiri terjatuhnya benda-benda berbahaya seperti kaca tingkap, serpihan atap dll ke atas korang. Jauhi reaktor nuklear kalau ada..kihkih..

3- Sekiranya pada waktu kejadian korang berada di dalam lif, dengan kadar segera berhentikan lif di tingkat yang terdekat dan keluar dari lif tersebut. Jika lif gagal berfungsi, cuba hubungi talian kecemasan yang tercatat di dalam lif itu. Kalau gagal juga, jangan panik dan berdoalah dengan doa-doa yang korang tahu. InsyaAllah, semuanya selamat..

4- Sekiranya pada waktu kejadian korang berada di pesisiran pantai, dengan kadar segera, jauhi tempat tersebut, bimbang-bimbang berlaku kesan tsunami. Mencegah lebih baik daripada merawat kan? Sedaya upaya menjauhi pesisiran pantai sejauh-jauhnya, jangan hanya berselindung di balik pokok kelapa di tepi pantai ajer.

5- Sekiranya pada waktu kejadian korang berada di dalam kenderaan, hentikan kenderaan korang, kot-kot terbabas. Keluar daripada kenderaan dan cari tempat yang selamat. Pernah tengok citer ultraman yang terbelah jalan tu, ha aku takut jadi gitu lah, masa gempa bumi, anytime mukabumi boleh terbelah hingga ke dasar, kang tak pasal-pasal ngah dirve, tak sempat elak lubang tu, terus menjunam ke perut bumi..imaginasi tu perlu okkey..

6- Cuba dapatkan info berkaitan kejadian gempabumi terkini, samada melalui radio, TV, SMS atau hubungi pihak berkuasa tempatan. Sekiranya gegaran susulan dilaporkan terus berlaku, minta nasihat daripada pihak berkuasa tempatan dan cari tempat perlindungan yang paling selamat.

7- Jangan lupa, sekiranya ada talian internet, dengan kadar segera update status di fesbuk, twitter atau blog untuk memaklumkan keadaan anda dan sesiapa saja yang anda kenali. Ini akan mengurangkan kadar kerisauan di kalangan ahli keluarga anda. Ini penting gak kan??

Apa-apa pon, satu tips yang paling penting bagi aku bila berlaku sebarang bencana atau musibah, seboleh-bolehnya jangan PANIK. Bertenang dan berselawat banyak-banyak. Fikirkan langkah terbaik yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko kemalangan semasa berlaku bencana ini.

SELAMATKAN BUMI KITA, HENTIKAN PENCEMARAN YANG MEMBAWA KEPADA KEMUSNAHAN BUMI.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “GEMPABUMI : KOTARAYAKU BERGEGAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *