Antara blog commentors dan blog spammers, memang tidak sama. Satu faktor yang membezakan mereka adalah kata-kata feedback mereka berdasarkan topik entri yang diketengahkan oleh penulis blog. Kebanyakkan spammers hanya mengisi ruangan komen mengikut topik mereka sendiri, kadang-kadang langsung tiada kaitan dengan entri blog. Paling melucukan, entri blog dalam Bahasa Melayu, dan spammers mengisi ruangan komen dalam bahasa luar, English mahupun bahasa Jerman secara panjang lebar…macamlah ko faham dan macamlah aku faham! hahah
Lately, aku perasan spammer ni makin bijak. Mungkin diorang siap guna Google translator untuk melontarkan hujah dalam bahasa Melayu, walaupun aku bercerita pasal ‘kanak-kanak perempuan bermain bola’ Â dan mereka memberi komen pasal ‘sedapnya bermain dengan perempuan’…
Spammer pun makin bijak dan kreatif..
**jerebu makin teruk ni, esok tak bagi cuti ke Selangor?
Guna akisimet akan auto ke spam..dua hari x tengok kompom 15-20 spam..haha.. tapi lepas 15 hari akisimet akan auto delete.nak manual delete memang menjemukan. 🙂
Canggih tak bertempat ni.
Spammer ni elok buat kerja lain. Memang main black hat SEO technique yang akan makan diri kemudian hari.
Kalau pakai wordpress senang sikiti.
Boleh pakai lugin anti spam
sekarang ada satu software yg boleh buat spam comment dan boleh scrape komen2 di blog lain kemudia translate ke bahasa yang diorang inginkan.
tu la..makin lama makin banyak spammer2 ni..tinggal sehari dua je dah beratus dah komen diorang..
bahasa german yg xbole blah tu..hehe
Setuju, dah pandai cakap Melayu, sembang pasal Ramadhan. Sekali tengok IP/URL orang putih.
Spammer dan guna robot sebab tu berlambak
ada blog saya yg dapat 700 lebih komen dr org puteh… cina pun ada…
Spammers… dulu kini dan selamanya.
Virus yg xder ubat. hehehe…
kau komen pn mcm spammer
mcm je tp bukan..fahami maksud spammer :-p
bijak tak bertempat spammer ney..huh!
Haha, sekarang ni tool dah makin canggih, bola detect country dan language agaknya.
salam. sy guna intensedebate. sejak itu x terima spam commenter lg. syukur.
betul spammer sekarang dah bijak dan berlambak2….sekali den bukak blog den…belambak comment spam…leceh betul dia org nie…
Saya ada sekali kena ….yang buat tu daripada Indonesia….huh…kelam kabut jadinya….nasib baik back up team power…kena baca betul2 memang kadang2 tak bersangkut paut..tetapi yang bersangkut paut ni la…yang menjahanamkan….
dorang malas nak blogwalking manual,kot?..
dah kena dah aritu..woho..bahayanya
Whoaaa… blog nie semakin jadi feveret spammers nampaknya
itu belum yang pandai cakap melayu lagi. haha
1 lagi modus yang boleh dikatakan bijak,ia membuat komentar seperti TRACKBACK.apabila dicari link blog kita tak ada pada blog dia.
memang dia orang makin bijak. aku pun banyak dapat komen yang meragukan
yup mmg makin bijak dorang..kadang2 akismet pun takdapat detect comment spammers..huhuh
Sangat memenatkan bila melayan spam comment. Sekali dier bagi komen dengan link meleret, mcm ruangan tu bapak dier yang punya daa.. Cara paling senang nak kurangkan spam terutamanya pengguna blogspot ialah dengan membenarkan pengguna akaun dengan email sahaja. Pengguna ‘anonymous’ jangan dibenarkan sama sekali..
Saya pun dah banyak kali terima komen staf… Terutamanya komen berbahasa Inggeris…
komen dlm bhs lain dh biasa, yg best dlm bhsa melayu..wlaupun tak kea ngn tajuk..kihkih..heheh
spammers yang bijak… hehhehee
spammer pon kena masuk klas gk kan bro?:-p
Spammers kat semua blog ada…SA nyer blog pun beratus2 spammers masuk..satu hal every day nak kena tengok dan delete…diorang ni mmg di bayar untuk balas komen spammers ke erk?
sekolah jer tutup la JMR, kerja tetap macam biasa…KL teruk jugak jerebu..seremban pun sama…
dibayar eh..so ni mcm satu profession gk la kan..hehe
salam. dulu sy pernah kena gejala blog spammer ni. biasanya mrka komen entri yg lama2…memang berbeza tul komen dgn tajuk artikel sy tu..
tu la kan..lain mcm je komen, dah la kelakkor..