April 6, 2020

Burp@Telur Itik

Pernah makan telur itik? Tak kisahlah masak camana pon. Aku just penah makan yang macam gambar kat bawah ni jer. Oh ye, ni bukan gambar google, ni hidangan aku masa balik kampung last wiken. Heaven..omak sendiri yang masak, mestilah sedapkan. Telur itik, kalau masak masakan gini, hasilnya seketul-seketul cam ni. Kalau telur ayam, akan jadi hancur hancur, so tak menarik. Telur-telur lain aku tak dapat info lagi..kihkihk..

 

Tengok gambar kat bawah ni lak. Panas-panas lagi. Time capture le, time ko baca entri skang ni, tak rasa panas atau sejuk pon kan. Ikan keli sambal, juga dimasak oleh umi aku. Peberet aku gak ni. Yang mabeles tu, sambal dia tak cam sambal kat kedai. Rasa unik, ada masam manis. Pedas mestile ada, dah namanya sambal kan..

 

Meleleh la plak air liur nih. Pasal la aku up entri food pagi-pagi nih. Skang perut aku lak dok wat miskol. Kena cari topup ni, roti telur itik, amacam??…

*ntah mana nak cari la roti telur itik ni kan…

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

9 thoughts on “Burp@Telur Itik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *