September 26, 2020

Weekend sebelum Weekend Terakhir sebelum Aidilfitri|20 Ramadan 1432h

Berjalan dan berlari-lari anak di sekitar Jalan TAR pada hari minggu di bulan puasa, boleh dikatakan ke arah jalan-jalan cari pasal. Nak buat camner, sebagai pemandu peribadi, bermula dengan perjalanan ke sini, memang memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi. Alhamdulillah, setakat maki-maki manja tu ada gak la terlepas 2,3 kali..

Kajian aku menunjukkan, 80% peronda-peronda di kawasan Jalan TAR dalam dua minggu sebelum aidilfitri, hanyalah sekadar berjalan-jalan anak merasai suasana, merasai peluh meleleh di celah ketiak sambil ushar jagung bakar dan sekadar bertanya harga sehelai anak tudung dari awal lorong sehingga ke akhir lorong. Paling kurang pon, sekadar membeli sehelai tudung selepas sejam dua berjalan di sepanjang jalan ni.

Inilah ‘majikan’ aku ketika ushar bunga hantaran di SSF Jalan TAR. Perempuan dan bunga memang tidak dapat dipisahkan walaupun sekadar bunga plastik. Sampaikan aku keliru, diorang ni puasa ke idak, naik turun tangga macam naik eskelator.

Dah namanya ‘majikan’, sekadar tuang air liur nak ke sini, dan ke sana, tanpa pedulikan jamm cam harem di sekitar KL. Dari Jalan TAR ke Petaling Street ni pon nak kena naik kereta, jalan kaki kan lagi elok sebenarnya. Satu hal lak aku nak kena cari parking kat area PS nih. Dem..

Beza ketara antara bunga plastik dan bunga segar adalah BAUnya. Nasib baik bau fresh flower di sekitar kedai kat area sini sangat menyegarkan. Ni yang terasa nak ke negara yang ada musim bunga lagi nih. Takyah nak kena booking segala bagai untuk dapatkan bunga yang segar-segar.

Terima kasih kepada yang menaja bunga segar untuk majlis nanti.

Sekian:-)

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

7 thoughts on “Weekend sebelum Weekend Terakhir sebelum Aidilfitri|20 Ramadan 1432h

  1. wah raya sakan tahun ni JMR..open house siap nak pakai bunga segar bagai…jgn lupa jemput mama nanti masa open house tu ek !!..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *