March 19, 2024

Strategi Bebas Hutang Guna Teknik Snowball.

Dunia hari ini, hutang dan manusia, ibarat isi dan kuku. Boleh dikatakan setiap daripada kita mempunyai hutang. Tak kisahlah hutang baik, atau hutang jahat. Yang penting, bagaimana cara terbaik untuk kita langsaikan hutang dengan cepat tetapi tidak membebankan.

Pernah tahu tentang Teknik Snowball untuk melangsaikan hutang?

Konsep nak bayar hutang guna teknik snowball nampak macam mudah, tapi kena tahan nafsu tengok lebihan wang setiap bulan untuk bayar hutang.

Definisi Teknik Snowball?

Kesan Snowball adalah satu proses yang bermula dengan langkah kecil dan berkembang dengan momentum daripada langkah kecil tersebut. Kesan ini sering digunakan dalam pelbagai bidang, terutama sekali bidang psikologi.

Bayangkan snowball atau bebola salji yang asalnya kecil, tetapi apabila bergolek akan bertambah saiznya hasil daripada salji yang terkumpul. Inilah yang dinamakan sebagai kesan Snowball.

Kesan Snowball ini boleh diaplikasikan kepada banyak perkara, dan kali ini diaplikasikan kepada strategi bebas hutang.

Bagaimana menggunakan Teknik Snowball untuk melangsaikan hutang?

Teknik Snowball 1# Listkan hutang yang ada dari amaun kecil sampai besar.

Contohnya, senaraikan hutang-hutang tersebut seperti di bawah ini.

1- Kredit kad Rm5000 (Rm200/month)
2- Personal loan 10,000 (Rm150/month)
3- Ptptn Rm15,000 (Rm200/month)
4- Kereta Rm20,000 ( Rm550/month)

Katakan anda ada extra Rm500/bulan dari side income lain.

1- So bayar (rm200 + Rm500 )Rm700 sebulan untuk Kredit kad. So CC akan habis dalam masa 7 bulan. Hutang lain bayar lah amaun macam biasa 

2- Kemudian bayar Rm850 pada bulan kelapan Personal Loan akan habis dalam masa 11 bulan kemudian. 

Pada bulan ke 18 (1 tahun 6 bulan), hutang Personal Loan dan kad kredit akan habis.

3- Kemudian bayar Rm1050 pada bulan ke 19 untuk hutang ptptn dan akan habis dalam masa 14bulan.

4- Kemudian pada bulan berikutnya bayar Rm1600 dan hutang kereta akan habis dalam masa 12 bulan.

Jadi pada 7+11+14+12 = 3 Tahun 6 Bulan semua hutang akan habis menggunakan teknik Snowball ini.

Teknik Snowball 2#Senaraikan kadar faedah (interest rate) untuk setiap hutang/pinjaman tersebut.

Kau orang boleh menghubungi bank dan minta pihak bank semak berapa baki terkini pinjaman. Kau orang mungkin terkejut dengan jumlah baki pinjaman apabila dicampur dengan kadar faedah yang dikenakan.

Cuba selesaikan hutang yang memberi kadar faedah yang paling tinggi. Dengan cara ini, kau orang akan mengurangkan “pembaziran” duit. Jika tak, teruskan dengan teknik Snowball #4.

Teknik Snowball 3# Catit tarikh akhir pembayaran untuk mengelakkan denda lewat bayar.

Setiap kali anda lewat bayar, anda akan dikenakan interest lewat bayar. Ini secara tak langsung buat hutang anda semakin bertambah.

Teknik Snowball 4# Dari senarai hutang anda sebelum ini, pilih hutang yang paling kecil nilainya.

Sekarang kau orang perlu fokus untuk selesaikan hutang yang paling kecil dahulu. Cuba sedaya upaya bayar lebih untuk menghabiskan hutang tersebut (nilai paling kecil). Sebagai contoh, hutang yang paling kecil ialah hutang kereta sebanyak RM130 sebulan. Cuba tambah sedikit nilai kepada RM150 untuk membayar hutang tersebut.

Setelah kau orang berjaya menyelesaikan hutang yang paling kecil (dalam kes ni hutang kereta), pilih hutang kedua di dalam senarai. Kita ambil contoh hutang pinjaman peribadi berjumlah RM200 sebulan.

Teknik Snowball 5# Ketepikan Nilai RM150

Letak tepi nilai RM150 yang kau orang gunakan setiap bulan untuk membayar hutang kereta sebelum ni, dan tambah nilai tersebut untuk membayar hutang personal loan.

Jadi setiap bulan anda akan membayar RM350 (RM200 + RM150) untuk hutang personal loan.

Teknik Snowball 6# Ulang strategi ni untuk setiap hutang di dalam senarai anda.

Ulang, ulang, ulang sehingga hutang kau orang berjaya diselesaikan. Jangan putus asa.

Sebenarnya ada banyak cara yang boleh digunakan untuk selesaikan hutang. Ini adalah salah satu yang kau orang boleh gunakan untuk melangsaikan hutang dengan teknik Snowball.

Mungkin kau orang terpaksa susah sedikit dahulu sebelum berjaya melangsaikan semua hutang-hutang anda.

Seperti kata petatah, susah dahulu senang kemudian.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

24 thoughts on “Strategi Bebas Hutang Guna Teknik Snowball.

  1. Banyaknya input. Kena bookmark & share dengan husband ni.
    Siapa je yang taknak bebas hutang, kan. So, ada teknik yang memudahkan. Kita cuma pilih & follow je la.
    🙂

  2. Bagus teknik yang tuan kongsikan kepada kami semua ni. sambil sambil blog walking, boleh tambahkan ilmu kewangan peribadi. Snowball effect ni kalau dibuat betul betul, hutang cepat langsai

  3. Wow….this is something new for me. I really learn more about financial planning here. Yeah~a lot of us are riddled with debts, so it makes perfect sense to use this technique to help us to be debt free. Thanks for the tips, will definitely ponder about it.

  4. Makin meningkat usia makin banyak benda nk kne fikir kan. Dan nak taknak, banyak benda kita perlu berhutang utk kemudahan harian. Baguslah teknik snowball nie. Langkah yg kecil tp momentum besar. Perlu dipraktiskan utk langsaikan hutang2 yg ada

  5. Cayalah.. Menarik. Perkongsian teknik snowball ni. Rupanya teknik yang dah lama Nina buat ada nama nya. Hehe.. Baru tahu.
    Apa pun, kita memang kena langsaikan hutang sebab wajib cuma kena lebih bijak menguruskannya macam teknik snowball contoh nya. Ikut plan asal kami bebas hutang umur 40thn tapi ada halangan yang terpaksa ditempuhi. Sesungguhnya Allah perancang terbaik. Alhamdulillah…

  6. Wah first time tau pasal teknik snowball ni.. Perkongsian yg amat bagus.. Kdg2 bila dh hutang ni kita xingt cmne nk rekod apa smua kan.. Adanya teknik cmni senanglah nk rujuk.. Thanks sudi share tips berguna ni..

  7. wahhhh bagus gila snowball teknik ni, i satu je hutang tingggal lagi seribu je ptptn ni.. harap sangat bebas hutang tak sabar nya! bila bebas hutang hati gembira senantiasa… heheheh… thanks for sharing this… nanti nak check out and experience sendiri teknik snowball ni …

  8. Terima kasih menyediakan cara sebegini untuk membantu pembayaran hutang/ pengurusan hutang. InsyaAllah akan memberi bantuan dan kaedah untuk ramai dengan perkongsian sebegini. Thanks JMR.

  9. Baguslah konsep snowball ni. Boleh menguruskan kewangan dengan lebih bijakkan. Anyway thank you share for this tips. Very useful for someone yang boros,hehe

  10. Bagus lah tip yang dikongsi kan teknik Snowball ni tak pernah terfikir pun kita hehehe selalu sangat hutang bertambah dan tak rasa ada pengurangan lak wakakakak tak apa kita akan guna dan try teknik ni macam mudah cuma kena komitet jerrr…..

  11. perkongsian yang sangat bagus. Baru tahu teknik ni. bagus juga.. Harap tahun 2019 ni dapat bebaskan diri dari hutang dan nikmati money freedom.

  12. Wahhhh!!…teknik yg berkesan untuk melangsaikamnhutang piutang…mmg sangat2 berguna utk dijadikan rujukan…betul juga kaedah ni dpt langsaikam hutang dlm jangkamasa pendek…terima kasih atas perkongsian…

  13. Kalau nak lebih mendalam kena banyak membaca juga pasal teknik ni. Teknik saya bayar hutang, selalunya bayar lebih sikit. Kalau rezeki lebih memang bayar lebih. Paling penting bayar sebelum tarikh yang ditetapkan.

  14. Teknik snowball ni saya pernah dengar. Cuma tak berapa jelas.

    Nak tahu, yang teknik #1 sampai #6 tu teknik berbeza atau step-stepnya?
    Sebab saya jelas je semuanya cuma nampak macam lain-lain teknik.

  15. Menarik teknik macam ni, Tapi saya tak pernah buat teknik snowball ni lagi.. Hutang memang perlu dibayar. Yang penting konsisten tiap bulan.

  16. Terima kasih atas tips kewangan yang tuan selalu kongsikan. Hutang memang patut di urus dengan baik kerana memang susah kita jadinya bila cash flow tersekat.

  17. Menarik la teknik snowball ni..SA rasa macam sama je cara yg SA buat..hehe..hutang memang bagai isi dan kuku..x berhutang x leh nak guna contohnya kereta, rumah dan CC…tp bila dh berhutang kena la pandai langsaikan…ye tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *