March 19, 2024

Tips Kumpul Simpanan Kecemasan Sebanyak 3 Bulan Gaji.

Rasanya ramai yang dah tahu tentang pentingya mempunyai jumlah terkumpul sebanyak 3 bulan gaji sebagai Simpanan Kecemasan / Emergency Fund. Dalam perancangan kewangan, Emergency Fund ini sepatutnya menjadi ‘Top priority” yang wajib didahulukan.

Ramai yang sedar tentang kepentingan ini, namun masih ramai yang belum bertindak dan mengamalkan sikap bertangguh. Ada juga yang memberi alasan tidak tahu cara sebenar mengumpul Simpanan Kecemasan.

Dapat gaji, berbelanja tanpa had dan habis. Belum sempat menyimpan, dah terguna untuk belanja-belanja perkara lain. Begitulah rutin seterusnya. Jadi sama bila-bila tiada simpanan kecemasan. Itu normal bagi kebanyakan. Aku dulu pun macam korang gak..hahaha

Di bawah ini aku kongsikan tips mengumpul Simpanan Kecemasan yang aku sendiri sedang amalkan. Sebelum bermula, minda kena kuat. Prinsip ” Biarlah susah susah dahulu pendapatan, bersenang-senang kemudian..” kena peluk ketat-ketat.

Cara Kumpul Simpanan Kecemasan

Tips Kumpul Emergency Fund Sebanyak 3 Bulan Gaji.

1# Buat Target Berapa Lama Untuk Kumpul 

Katakan gaji korang RM4000/bulan. Berapa Simpanan Kecemasan 3 bulan yang patut korang ada?

RM4000 x 3 = RM12,000.

Berapa lama pula nak simpan RM12,000 ini?

Jika korang target untuk ada RM12,000 dalam masa setahun..

RM12,000 / 12 bulan = Rm 1000/bulan.

Simpan la sebanyak RM1000 sebulan selama 12 bulan.

Jika target untuk 2 tahun..

RM12,000 / 24 bulan = RM500/bulan.

Untuk capai target dengan lebih cepat, pendekkan tempoh simpanan. Tetapi, jumlah simpanan yang diperlukan setiap bulan akan bertambah. Tepuk poket, tanya hati. :-p

2# Simpan Sebahagian Daripada Pendapatan Bulanan.

Sebelum tetapkan target berapa bulan untuk berjaya memiliki 3 bulan simpanan kecemasan, kira dahulu jumlah yang korang mampu menyimpan.

Janganlah gaji RM4000, korang target simpan RM4000 sebulan. Biarlah rasional.

Selepas tolak perbelanjaan wajib dan penting setiap bulan, barulah berusaha untuk menyimpan jumlah yang sepatutnya. Ye la, takkan tak guna langsung duit untuk makan minum setiap bulan, tolak hutang motor/kereta, bayar rumah, petrol, bil elektrik air, bagi ibu bapa, tolak hutang pendidikan sekiranya ada dan lain-lain lagi.

Dahulukan mana yang wajib terlebih dahulu.

Mulakan setakat mana yang mampu. Disiplinkan diri untuk menyimpan, tetapi janganlah hingga stress hidup korang.

3# Simpan Simpanan Kecemasan Di Tempat Sepatutnya.

Yang pasti, bukan di celah bantal! hahaha

Simpanan Kecemasan ini gunanya untuk tujuan kecemasan. Kalau tetiba rumah rosak perlu dibaiki, tetiba kereta rosak, tetiba kesihatan terjejas yang perlu dahulukan duit ( insuran pun penting untuk emergency tau!). Dana Simpanan Kecemasan inilah sebagai ‘backup’.

Jadi, aku sangat sarankan Simpanan Kecemasan korang disimpan di satu tempat khas, selamat dan senang dicairkan (liquidity).

Contohnya, di bank tempatan yang dekat dengan rumah. Atau asingkan sebagai di bank yang senang dikeluarkan (ada Kad ATM), dan juga di tempat-tempat yang selain menyimpan, ianya berpotensi memberi pulangan/keuntungan seperti ASB (perlu ke kaunter untuk withdraw), Tabung Haji (juga ke kaunter atau online untuk withdraw) dan Unit Trust ( withdraw secara online).

4# Disiplin Diri. Tahu Makna “Kecemasan”

Seperti aku cakapkan tadi, kena paksa diri untuk kumpul Simpanan Kecemasan ini. Ada juga yang dah berjaya kumpul Simpanan Kecemasan sebanyak 3 bulan, tetapi gagal mengawal diri apabila berlaku “kecemasan” yang sebenarnya bukanlah satu “kecemasan”.

Ada segelintir yang masih belum memahami apa itu Simpanan Kecemasan. Contohnya, semasa berjaya di shopping mall, korang ternampak satu kedai sedang mengadakan jualan kaw-kaw murah. Tak mungkin dapat pada hari lain. Pada masa itu, bajet bulanan korang tidak mengizinkan. Ini tidak dikira dalam kecemasan ye. Disiplin diri. Kawal diri. Jangan sesekali ‘meminjam’ daripada Simpanan Kecemasan. Jika tidak, memang ke laut~lah target kita untuk kekal mengumpul Simpanan Kecemasan.

Gunakan bila perlu. Contohnya, semasa dalam perjalanan ke pejabat, tiba-tiba kereta breakdown di tengah jalan. Kereta korang lak kena towing ke bengkel, dan perlu dibaiki dengan kos yang besar. Ha, masa inilah baru dikatakan korang berada dalam kecemasan. Bolehlah menggunakan Simpanan Kecemasan yang korang ada..

tips kumpul gaji 3 bulan

Ada 4 tips yang aku kongsikan kali ini. Nampak senang je kan. Tetapi serius weh, sangat mencabar. Sangat memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggu.

Ye la kan, 3 bulan gaji tu, kalau korang dok tenung, memang macam-macam benda tetiba sahaja rasa nak beli. Kalau faham konsep “Sediakan payung sebelum hujan”, pasti kita semua akan berusaha untuk penuhkan Simpanan Kecemasan ini terlebih dahulu.

Semoga kita semua terus istiqamah menyimpan dan melabur di tempat yang betul.

Note: Nak mula menyimpan dan melabur di instrumen pelaburan unit trust, boleh hubungi JMR- 017-2101282 untuk keterangan lanjut.

JMR

Yo, it's me, JMR!

View all posts by JMR →

27 thoughts on “Tips Kumpul Simpanan Kecemasan Sebanyak 3 Bulan Gaji.

  1. Kita gaji tak tetap, tapi alhamdulillah ada la simpan sikit-sikit juga..Tak boleh tak simpan..kena simpan..hahaa..wwalaupun sikit tapi tetap simpan..Untuk anak-anak juga..simpan tempat bank yang boleh bagi duit tu berkembang

  2. good post to cultivate people to save for emergency fund! throughout the years as #yourfinancedoctor i have seen many that doesn’t save for emergency fund, either they spend it all or they invest it all.

  3. tips yang bagus walaupun susah jugak nak laksanakan…tapi kalau kita tak paksa diri untuk buat memang sampai bila2 pun kita tak akan buat.
    harap saya juga mampu buat tabung simpanan kecemasan….dalam masa yang sama tabung travel jangan dilupakan…

  4. Baguslah tips simpanan duit ni hehehe kita sendiri dah bertahun kerja ni pun masih tak ada simpanan untuk 3 bulan penting lah sebab kita pernah alami wakti kecemasan juga. Tapi cuma kalau simpan dalam bank yang ada atm tu yang paling susah nak kawal kerana sekarang online dah boleh guna hehehehe jadi kat situ sangat bahaya wakakakak…

  5. Tips yg bagus. I pernah dapat advice dari ex boss. Sia cakap suruh simpan emergency fund for at least 2 years gaji sebab kerja ngan swasta ni take secure. Kira memang patut simpan duit utk kecemasan camni.

  6. Simpanan untuk kecemasan memanglah sangat penting kan? Lagi2 yang family ada anak kecil ni tapi susah juga bila pantang ada duit nak membeli je. Aduyai kena kuatkan lagi iman ni.. unit trust best ya?

  7. mmg kita kena ada simpanan sbb kita pn ttau bila waktu ada kecemasan kn…bgs juga artikel ni…tips kumpul simpanan kecemasan utk 3bln…atleast apa2 jd bole kita guna duit simpanan tu….ms mula2 nk start kj mmg papa ku dh pesan awal2…disiplin kan diri buat simpanan atleast 10% dr gaji…alhamdulillah bila tgk simpanan yg ada sehingga kini kerana disiplin dr awal menyimpan

  8. Kita demand berdisplin utk Simpson tabung ascendant, kak pun ada 2 bank. Satu bank utk gaji dan satu bank utk simpanan lain,jd duit gaji guna utk leprechaun.

  9. Disiplin tu yg penting. Belanja ikut keperluan bukan kehendak pun sama penting. Dan simpan pada tempat yg selamat. Senang lepas dpt gaji terus masukkan at least 1/4 dlm simpanan.

  10. Tips yang sangat menarik dan tak boleh di pandang remeh. Setuju sangat adanya simpanan kecemasan ni..tak dapat kumpul banyak sikit2 pun tak apa, ada lebih simpan lebih. Walau mcm mana pun displin diri kena kuat..sebolehnya jangan keluarkan..itu yg payah nak buat tu..:D

  11. Disiplin memang sangat penting. Kecemasan ini hanya digunakan untuk kecemasan. Mindset memang kena kuat bila buat simpanan kecemasan ini. Risau terguna walaupun bukan dalam masa kecemasan, tapi lebih kepada nafsu 🙂

  12. Tips yang sangat menarik. Kena ada juga simpanan untuk kecemasan sebab kita tak tahu kecemasan kemudian hari kan. Kalau nak pinjam orang malu juga. Baik kita persiapkan diri kita dengan tabungan ni kan?. Kena la berdisiplin.

  13. I like these tips, we need to save money for emergency. I can say that it’s easy to say than do, discipline is needed to do it. Cash is king so avoid using credit card to get debt, so best make a shopping list before go on shopping. Everything is about money, even kids education too. Always reminded self shop for what we need not what we want. Follow your gfc too, mine is namesherry.com

  14. bagus tips ni.airah pun masih dalam usaha mengumpul simpanan kecemasan.bahaya kalau tak ada simpanan sebab kita tak tahu apa yang bakal berlaku nanti.sekarang semua benda perlukan duit

  15. Menariknya perkongsian ni. Saya sendiri masih kira baru bekerja jadi kadang-kadang perlukan rujukan juga untuk menyimpan. Iyalah, takut juga sebab dah mula memegang duit ni jadi terlebih rajin berbelanja sampai lupa dunia. Haha. Apapun, terima kasih atas perkongsian ni!

  16. Terima kasih atas perkongsian tips menyimpan untuk kecemasan…memang tidak dinafikan kebanyakkan orang kita agak lalai tentang ini…kebanyakkannya menghadapi kesulitan apabila sesuatu musibah atau keadaan yang tidak diingini berlaku….dengan perkongsian bermanfaat ini akan dapat membuka minda masyarakat kita mengapa perlunya emergency fund…tq for the sharing infor..

  17. Cx tak dapat menyimpan sangat pon sebab sebab cx suri rumah dan tidak bekerja. Cx buat online bisnes je. Dapatlah sikit² waima kdg² kena guna ntk bantu topup mana yg patut. Cx mampu simpankan duit orang jelah. Huhu semkga suatu hari Allah izinkan ntk cx ada income tetap bulanan. Amin. Anyway, nice tips! Very informative

  18. sangat menarik tip ini..

    jika income diurus dengan baik maka pelbagai tabung boleh diwujudkan..

    biasanya kita banyak tabung tetapi isinya kosong hahahaha

  19. Mmg betul pun…. kena ada simpanan kecemasan.. duit separa senang keluar.. dlm asb n tabunghaji.
    Wahhh jadi agen unit trust juga rupanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *